Khamis, 15 Mei 2014

Melihat teman wanita diperkosa melalui webcam


Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat langsung peristiwa buruk yang menimpa orang yang dicintai. Itulah yang berlaku kepada Meng ChianChao, 27, seorang lelaki berasal daripada Beijing, China, yang tidak sengaja menyaksikan bekas kekasihnya diperkosa dan dibunuh melalui webcam.

Seperti yang dilaporkan Sun News, Meng XianChao menjadi saksi penting di Toronto, Kanada pada 28 Mac lalu di atas kes pembunuhan bekas kekasihnya, Liu Qian (23) pada 15 April 2011 yang lalu.

Semua bermula ketika Liu Qian, yang tinggal di Toronto untuk melanjutkan pelajarannya, meminta Meng menemaninya belajar melalui video chatting Skype. Kedua-duanya memutuskan untuk putuskan hubungan percintaan setelah Liu pindah ke Toronto. Meskipun demikian, keduanya tetap berkawan baik.


Xian Chao Meng, atas kanan, telah berbual dengan Qian 'Necole' Liu, kiri, melalui Skupe ketika beliau diserangon. Brian Dickson,bawah kanan, telah di dakwa atas tuduhan membunuh
Ketika asyik berchatting, tiba-tiba terdengar suara ketukan di pintu bilik Liu. Gadis itu pun berjalan ke arah pintu dan membukanya. Seorang lelaki muncul di sebalik pintu dan meluru masuk. Liu sempat menahan pintu agar lelaki itu tidak masuk, namun Liu tidak memampu menandingi kekuatan lelaki berkenaan. Lelaki itu akhirnya berjaya masuk.

Teriakan “tidak” adalah yang terakhir didengar Meng dari Liu. Sesudah itu, tak seorangpun terlihat di layar Skype dan tak ada suara lagi dari Liu.

Kemudian, seorang lelaki separuh bogel muncul di layar Skype. Lelaki itu menutup pintu bilik apartemen, memadamkan lampu dan mematikan komputer Liu. Meng menyaksikan semua kejadian tersebut dari Beijing tanpa boleh berbuat apa-apa.

Liu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa tidak berapa lama setelah kejadian tersebut. Seorang lelaki bernama Brian Dickson (32) telah ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan tahap satu dalam kes ini.

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: