Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam BN, selain berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain jika Umno bersetuju dengan pelaksanaan hudud yang ingin dilaksanakan Kelantan.
Wee bercakap demikian ketika Wacana Sinar yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita?, yang diadakan di Kompleks Karangkraf, petang ini.
Beliau yang merupakan salah seorang panelis wacana tersebut berkata demikian ketika ditanya adakah MCA bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam BN memandangkan Umno menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Jika begitu keadaannya, (Umno sokong hudud), sudah sampai masanya kita berbincang dengan rakan-rakan sekutu dalam BN untuk menilai semula kedudukan kita dalam BN," kata beliau pada wacana tersebut.
Selain Wee, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah merupakan panelis wacana tersebut. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
kalau umno ikut cakap mca tentang hudud memang umno hanya perjuangkan bangsa bukan Islam spt yg sering dilaungkan.
Catat Ulasan