Khamis, 8 Mei 2014

Apa yang tak kena pada janda ini?

Saya ibu tunggal yang menjaga tiga anak selepas berpisah dengan suami tahun lalu. Kami berpisah disebabkan suami menjalin hubungan dengan teman sekerjanya.

Saya hampir putus harap serta hilang pedoman apabila mendapati suami bermain kayu tiga. Namun atas dorongan keluarga, saya sedar dan mula membina hidup baru.

Namun, bukan mudah menjadi ibu tunggal, maklumlah ma­syarakat setempat mempunyai pelbagai persepsi negatif mengenai status baru saya.
{baca lagi klik butang papar ... }


Tambah pula saya tidak me­ngenakan hijab serta gemar bergaya membuatkan saya dilihat sebagai ancaman kepada golo­ngan isteri di kejiranan saya.

Malah jiran yang sebelum ini sering bertegur sapa, enggan lagi datang bertandang di rumah untuk bersembang mahupun bertukar-tukar berita.

Saya hairan kerana saya seharusnya mendapat sokongan wanita lain dalam saat kritikal ini.

Ikutkan hati, mahu saja saya berhenti kerja serta berpindah ke kampung, tetapi majikan menasihati saya supaya tidak mempersiakan kerjaya saya yang stabil.

Saya serba salah memikirkan tiada siapa boleh saya gantung harap untuk berkongsi masalah. Saya tertekan berdepan situasi ini.


MASHITAH
Masjid Tanah, Melaka

Merenung masalah puan, ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah gagal mempertahankan perkahwinan disebabkan suami berselingkuh dengan teman sekerjanya, kini status ‘ibu tunggal’ membuatkan puan dipulau rakan mahupun jiran.

Dalam situasi ini, puan kena bertegas dan pandai membawa diri. Meskipun tahap pendidikan serta sosial berubah, ada persepsi melihat status ‘janda’ sebagai senjata yang mengancam hubu­ngan suami isteri lain.

Sebenarnya hanya segelintir wanita memegang status berkenaan membuat salah laku lalu terpalit pada sesiapa saja yang menjadi ibu tunggal. Seperti kata pepatah ‘hanya disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga’.

Ciri bertegas dan membawa diri penting supaya puan dilayan penuh hormat serta tiada siapa boleh mengambil kesempatan.

Selain itu, mungkin ujian yang datang boleh mendorong puan menjadi lebih baik iaitu mula mengasuh diri supaya mengenakan pakaian lebih sopan dan mengikut suruhan agama.

Jadi lihat sudut positif berbanding memandang semua ujian itu hanya bala semata-mata. Insya-Allah, puan lebih tenang serta mengorak langkah mula hidup baru dengan lebih baik.

Dang Setia @ Harian Metro

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Apa yg tak kena pd janda ni? Jika itulah soalannya, inilah jawapannya. Biar dia rasa hidup menjanda, bukankah itu yg dikehendakinya? Semasa dia masih lagi bergelar isteri, kalau layanannya first class, tak mungkin senang2 sisuami melayan perempuan lain. Padan muka!!! Kerjaya stabil konon ... poorah!!!!!

Adik Sri Siantan.

Tanpa Nama berkata...

1. Belum ada kajian membuktikan layanan first class isteri mmbuatkan sang suami tidak melayan betina lain
1.1. Jantan sundal akan layan pompuan sundal. Fuulstop.
1,2 Betina sundal akan layan suami sundal
2. Janda ni mcm nak kata dia kununnya lawa dan merupakan satu ancaman pada isteri2 lain...pirrah mabuk
2.1 Klise nya masalah janda ni...
2.2 Hijab ke tidak bukan isu di sini...apa ke bangang nak benti keje...
2.3 Dia kena cerai sbb bangang ni,,,

Tanpa Nama berkata...

Tujuan sebenar kamu gemar bergaya tu untuk apa? Masa dgn suami dulu ketika bila yg kamu bergaya, di rumah atau di luar rumah? Hoi! Kalau janda tu janda juga, kamu yg nak sangat pegang title itu. Kalau kamu benarkan suami kamu itu kahwin lagi satu pun, belum tentu dia mahu sebab tak mampu entah-entah terus pengsan. Ini kamu minta cerai, dah jadi janda baru padan dgn muka kamu, nah rasalah sekarang! Janda kena cerai ni, laki tak berapa selera nak buat bini, takut setahun dua kemudian minta cerai. Dibuatnya pula kena serang oleh bekas suami, jadi kes naya. Kalau balu itu lain cerita.

Teruna peminat gadis.