Jumaat, 16 Mei 2014

4 FOTO KERETA PERODUA VIVA REMPUH PESAWAT MAS DI KLIA



Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan pesawat MAS yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Yangon (KUL-RGN) berlaku kira-kira
pukul 8.50 pagi, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kereta milik anak syarikat MAS,
Firm City itu telah terperosok di bawah pesawat MH (9M-MXG) yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.05 pagi.


Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera mereka berada di tapak untuk menilai kerosakan.

“Penilaian awal menunjukkan tiada risiko serta-merta kepada struktur pesawat. Walau bagaimanapun asas pesawat adalah perlu untuk menjalankan pemeriksaan
menyeluruh,” katanya dipetik Bernama.

Izham mengulangi bahawa keselamatan penumpang kekal penting kepada MAS.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua penumpang MH740/741 hari ini untuk gangguan kepada rancangan perjalanan mereka.

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantau proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat.

Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.

“Kapal tersebut telah dibawa ke ‘hangar’ untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.”

Pesawat lain jenis 9M-MSH digunakan untuk menggantikan penerbangan MH740.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: