Khamis, 17 April 2014

Panas!! Ustaz Don jawab Wardina ..


Selepas dikritik secara terbuka di laman Facebook oleh artis, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal tampil menjawab dakwaan kononnya beliau tidak membuat rujukan sebelum membuat ceramah.

Mengakui terkilan dengan tindakan Wardina, Ustaz Don menegaskan, adalah tidak adil sekiranya beliau dinilai bersandarkan video (rujuk sini)
yang diedit daripada ceramahnya sebelum ia dijadikan alat untuk menyerangnya secara keterlaluan.
Sambil menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai berat, penceramah terkemuka itu mempersoalkan niat Wardina menggunakan maklumat-maklumat Internet untuk menghentam dirinya.
Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

“Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedititu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda”, kata Ustaz Don.
Beliau turut menyarankan supaya Wardina bertemu alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle,facebook atau Twitter.

Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain?
Ustaz Don turut mempelawa Wardina hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya bekas model itu tahu sepenuhnya apa yang beliau ingin sampaikan.
“Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
“Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk, saya tidak tahu,” ujarnya lagi.

Ustaz Don hairan kena wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
“Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

“Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis,” jelas Ustaz Don.

Beliau menarik perhatian mengenai kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang cantik yang berkata, ‘Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.’

Ustaz Don turut menasihatkan semua pihak supaya datang sendiri ke ceramah beliau dan bukan membuat rujukan daripada video yang diedit untuk menimbulkan keraguan orang ramai. –

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: