Rabu, 16 April 2014

Ustaz Don dikritik Wardina, tapi kenapa .. panas ni beb!

Wardina Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan menulis ayat ayat berikut:

“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran”
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam”

Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:

“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”
“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”
“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW”

p/s: tu diaaaa ...

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel lain


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

mae berkata...

nak tanya pun kena ada kelulusan madrasah ?

Tanpa Nama berkata...

setuju.. xkn nk lepasan madrasah baru leh btya... mmg btl mdrsh blja agama. tdk bmkna yg bkn asal mdrsah tiada basic agama...

Unknown berkata...

Bertanya tu lebih baik daripada diam tak tentu arah...semoga allah permudahkan dlm urusan kita dunia akhirat.

Unknown berkata...

Bertanya tu lebih baik.daripada diam tak tentu arah...orang yg mau bertanya dlm ape ape hal..insya Allah dia akan selamat.

Tanpa Nama berkata...

Ustzaz Don dah buat video membalas persoalan tersebut pon. Cuba lah dengar dr awal smpai akhir. Jangan pulak vdeo pnjelesan ni pon amek skereat2

Tanpa Nama berkata...

tak salah betanya... dan orang tak belajar agama pun boleh bertanya kepada ahli2 agama... TETAPI bagaimana.. ini persoalan nya... ISLAM itu Indah dan mudah... jangan di susahkan... kita ada ADAB dalam kehidupan ini... so ikut la ADAB... dan bende2 di atas takkan berlaku.. fikir2 kan lah.. belajar lah dari GURU... in sya ALLAH anda tidak akan SESAT... kalau kita banyak belajar dari buku, computer dll... takut tersalah kefahaman dan terkeluar dari landasan...