Selasa, 22 April 2014

Nak berlakon ..? Sera tubuh dulu okey ..

Syarat baru diletakkan pengarah ini kepada artis baru, jika mahu berlakon drama arahannya kena temankan dia ke kelab malam.

Nasib baik artis ini diberikan fikiran yang waras dan tidak terlalu terdesak nak berlakon. Dia juga sudah berjanji dengan orang tuanya untuk menjaga nama baik mereka jadi apabila dia datang ke ibu kota untuk mencari rezeki, janji itulah yang menjadi benteng kepadanya mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara tidak baik.

Sepatutnya pengarah itu memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat kepadanya, tetapi pengarah itu pula awal-awal lagi menunjukkan taringnya.
{baca lagi klik butang papar ... }


Dia ingat semua artis baru ini tak ada otak. Menyedari helah dan tipu daya pengarah itu, artis terbabit terus melangkah keluar dari pejabat pengarah itu kerana dia percaya rezekinya bukan terletak pada pengarah itu, tetapi ditentukan oleh Allah.

Artis itu mengadu kepada rakan SS biarlah dia lambat membina nama dalam bidang lakonan kerana dia tidak mahu menjual maruah diri.

Dia tidak rela melayan nafsu serakah pengarah itu yang selayaknya menjadi bapanya. Cuba bayangkan, kalau dah masuk kelab malam macam-macam perkara boleh terjadi.

Apa yang paling SS takutkan jika pengarah itu memainkan wataknya dengan lebih jahat lagi dengan memasukkan sesuatu ke dalam minuman artis itu dan bila dah khayal maka bermula episod hitam artis itu.

Apa pun, SS ‘salute’ artis macam ini dan SS yakin dia akan berjaya suatu hari nanti.

SS @ Harian Metro

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: