Khamis, 10 April 2014

Mahathir: Semakin senja semakin resah gelisah .. ini buktinya



Ketika senja semakin berlabuh ..
Ketika itu dia semakin dihimpit dengan dosa-dosa silam
Ketika penghujung hari
Sgala kezalimannya terburai satu persatu ..
Malang ..
Kasihan pada si dia ..
Dia sepatutnya ‘perrgi’ dengan tenang ..
Tetapi kini
Dia dirantai dengan kesilapan sendiri .

Alangkah mengecewakan ketika Mahathir sudah mengaku dia sebenarnya berada di Malaysia ketika berlakunya tragedi Mamali, Mahathir pula tergamak meletakkan Musa Hitam sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan.

Mahathir bijak menggunakan Musa Hitam ketika itu. Sama bijak apabila dia berkata Anwar mungkin menumbuk dirinya sendiri.

Akhirnya Mahathir tidak lupa .. perlahan-lahan dia mula ingat akan kezalimannya dulu ..

{baca lagi klik butang papar ... }



Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.

Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar
tidak pergi ke Beijing.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang
ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi
taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.

Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di
China ketika kejadian itu berlaku.

Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini,"
kata Dr Mahathir.

Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada
di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.

Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.

Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara
yang berada di lapangan terbang.

Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas
kejadian itu.

Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan
yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas.
"Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan
kita dilupakan," tulis beliau.

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

“Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan
mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.

Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan
air mawar di atas pusara mereka.

Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini.


sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: