BESUT - Sepasang kekasih tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral di kawasan sebuah masjid, di sini, bagi melampiaskan nafsu setelah lama tidak bertemu.
Bagaimanapun tindakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Kelang itu bersama pasangannya, masing-masing berumur 23 tahun, menjadikan tempat letak kereta di bahagian bawah masjid itu sebagai lokasi memadu kasih berjaya dihidu anggota polis yang membuat rondaan di situ.(gambar hiasan)
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, Ahad lalu, selepas beberapa anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Jertih yang membuat rondaan di kawasan tempat letak masjid ternampak sebuah kereta Viva sedang parkir di situ.
Difahamkan, enjin dan pendingin hawa kenderaan itu dihidupkan manakala cermin kereta tertutup.
Anggota polis bertugas kemudian bertindak menghampiri kereta tersebut dan mendapati pasangan berkenaan sedang berbaring dalam keadaan perempuan mengiring ke arah lelaki dengan kedua-dua kerusi hadapan kereta direbahkan sepenuhnya.
Pasangan terbabit telah ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.
Wanita yang ditahan itu bekerja sebagai pembantu sebuah klinik swasta, di sini, dan kedua-dua mereka tinggal di kampung berasingan di Jertih.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menurutnya pasangan terbabit diserahkan kepada Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah untuk tindakan lanjut.
Pasangan itu difahamkan akan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Lihatlah dunia, bagaimana murahnya harga maruah diri mereka! Kenapa lakukan maksiat? Si lelaki mengambil kesempatan dan yg perempuan pula, mudah serta lemah menjaga maruah diri. Dua2 bersalah, hanya dapat dielakkan jika perempuan bersifat 'jual mahal' mcm org dulu2. Kuncinya adalah perempuan jangan melayan semberono mana2 lelaki kecuali ahli keluarga.
Catat Ulasan