Sabtu, 12 April 2014

Peguam Negara gagal ketepikan saman RM128 juta | updated

Permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pihak lain untuk membatalkan saman RM128.5 juta oleh bekas pegawai polis, Datuk Ramli Yusuff dan juga saman peguam Rosli Dahlan atas dakwaan melakukan pendakwaan salah dan berat sebelah terhadap mereka, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera yang membuat keputusan itu sehubungan itu menetapkan 18 Jun bagi pengurusan kes itu sebelum menetapkan tarikh perbicaraan.

KEMASKINI


Ketika menolak permohonan mereka, Vazeer Alam memutuskan bahawa imuniti mutlak pendakwaan untuk penjawat awam tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik yang progresif.

"Saya khuatir tanggapan imuniti mutlak bagi penjawat awam walaupun apabila mala fide atau penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan kuasa pendakwaan seperti yang didakwa di dalam permohonan, ia bercanggah mengikut tanggapan zaman moden mengenai akauntabiliti," kata beliau.

Vazeer Alam berkata, beliau bersetuju bahawa penyalahgunaan kuasa oleh seseorang yang memegang jawatan awam adalah satu tindakan yang salah.

"Tindakan sedemikian boleh berlaku apabila seseorang pegawai digerakkan oleh niat jahat, sebagai contoh didorong oleh niat peribadi atau keinginan untuk merosakkan atas sebab-sebab yang tidak betul, menyalah guna kuasanya," kata Vazeer Alam.

Malah beliau berkata imuniti kehakiman yang diberi kepada hakim atau individu yang bertindak atas kapasiti kehakiman mengikut Seksyen 14 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada syarat berkelakuan baik ketika menjalankan kuasa kehakiman mereka.

Pada 1 November tahun lepas, Ramli memfailkan saman menamakan Abdul Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai polis sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya beliau mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Vazeer Alam juga menolak permohonan Peguam Negara dan 10 yang lain untuk membatalkan saman sivil yang difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap mereka atas pendakwaan berniat jahat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa defendan berkonspirasi menahan dan mendakwa beliau di mahkamah untuk pertuduhan kes SPRM.

Peguam Chetan Jethwani dan Parvinder Kaur Cheema mewakili Rosli, manakala Harvinderjit Singh mewakili Ramli.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan peguam Tan Sri Cecil Abraham serta Rishwant Singh mewakili defendan. - Bernama




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Umno bn kepala peliag kulup.

Tanpa Nama berkata...

shafiee peguam lembu boleh la

Unknown berkata...

?...... lepas ni mereka akan selamat. Yg arif mungkin khilaf.......