Rabu, 23 April 2014

Edisi terburai .. Najib dan isu skandal GERAN MOSTI


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ‎mendedahkan bukti campur tangan Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan mengemukakan satu salinan sepucuk surat yang dipercayai arahan daripada perdana menteri.

Beliau berkata surat geran bernilai RM100 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta itu bag‎i tujuan projek komersil mempunyai nota tertera ditujukan kepada menteri terlibat.

"YB Datuk Dr Ewon Ebin. Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek itu sesuai," tulis surat seperti didedahkan oleh Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.



Rafizi berkata dalam surat tersebut, menyatakan syarikat NSE Resources secara jelas mengatakan bahawa projek komersil tersebut tidak mendapat sokongan daripada institusi kewangan.

"Syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Najib dan kerajaan kerana ia tidak melepasi saringan kewangan.

"Secara tidak langsung wujudnya risiko bahawa tidak mungkin adanya pulangan daripada projek itu untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik kerajaan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu turut membacakan perenggan ketujuh surat tersebut yang menyatakan, "NSERC memohon jasa baik YAB, dapat memberi sokongan terhadap permohonan geran sebanyak RM100 juta melalui Mosti. Ini adalah membantu kewangan NSERC kerana kesukaran mendapatkan pinjaman daripada pihak bank."

Rafizi berkata sewajarnya Najib tidak mengambil sikap campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.

"Ini adalah satu salahguna dana rakyat secara terang," katanya.

Oleh demikian, beliau menggesa Najib untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut kerana masih terdapat banyak lagi dokumen yang akan didedahkan

"Najib tidak boleh terus lari daripada persoalan penyelewengan sebegini atau hanya menyertai larian anti rasuah, beliau perlu beri penjelasan," katanya. {baca lagi klik butang papar ... }


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




ARTIKEL MENARIK



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: