Raja Bomoh Sedunia 1M'sia Nujum VIP , Mahaguru Ibrahim Mat Zin mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membuktikan dakwaan kononnya ritual yang dilakukan sebelum ini sebagai sesat dan khurafat.
Menurutnya semua ritual dan peralatan yang digunakan sebelum ini hanyalah merupakan simbolik semata-mata, tanpa ada sebarang unsur pemujaan terhadap jin dan syaitan.
“Seperti yang Datuk jelaskan sebelum ini, semua itu adalah merupakan simbolik semata-mata. Langsung tidak melibatkan unsur-unsur pemujaan terhadap jin ataupun syaitan. Malah Datuk juga tidak menggunakan sebarang mantera yang boleh menyebabkan tindakan itu menyekutukan Allah.
{baca lagi klik butang papar ... }
“Datuk hanya ingin membantu. Mungkin cara yang digunakan tidak kena pada sesetengah pihak, namun itu adalah cara Datuk. Cuba teliti dan dengar baik-baik, Datuk menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa agar usaha yang dijalankan ini berhasil,” jelasnya.
Mufti Perak itu sebelum ini menyelar tindakan Ibrahim dan memintanya agar segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.
“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya baru-baru ini.
Menurut Ibrahim lagi, sebagai seorang Mufti Harussani sepatutnya berjumpa atau bertanya terlebih dahulu dan menyiasat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Datuk sarankan ada baiknya mereka meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
PBO: orang lain pun ada pangkat Datuk juga, tapi tak lah selalu guna Datuk bila bercakap. naik loya aku. Kalau guna tikar, mata pancing dan lain-lain yang sains dan akal normal pun tak boleh terima, khurafat la namanya tu. Sudah-sudahlah pergi bawa bertaubat!
0 respon:
Catat Ulasan