Ahad, 30 Mac 2014

MH370: Isteri, anak kepada Kapten Zahari buat pendedahan yang mengejutkan!


UPDATE:

Berita ini adalah berita palsu yang direka oleh Daily Mail - Britain yang dengan sengaja merosakkan imej Kapten Zahari. Baca bboleh percaya jangan!! Kenapa aku kata penipu ..?
butiran lanjut di sini

Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }



Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL
sumber

Artikel Berkaitan





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

8 respon:

Tanpa Nama berkata...

jadi kapten Zahari bunuh diri ker?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
shameel Iskandar berkata...

awas dgn media barat. lagipun daily mail itu hanyalah akhbar tabloid yg diragui..

Tanpa Nama berkata...

Betul sekali saudaraku,,, kita harus berhati2 memaknai media2 asing/ barat kitapun tahu hampir 90% siapa yang memiliki ,dan senantiasa ikut bermain dalam agenda jahat dan tersembunyi yang mereka jalankan di dunia ini.

Tanpa Nama berkata...

Kapten zaharie jadi mangsa dikambing-hitamkan oleh pihak tertentu yg bertanggungjawab melenyapkan mh370...Allah lebih mengetahui apa sebenarnya terjadi. Tiba masa Allah akan merungkai segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Korg pernh dgr perkataan buang tabiat x...?? Mngkin cptain zaharie buang tabiat d saat2 akhirnye..so jgn la nk fitnah bkn2...

Tanpa Nama berkata...

Dan siapa yang menuduh tanpa bukti juga akan mendapat bala dari cerita yg mereka cipta

mr kay berkata...

Buang tabiat apa benda,x mgkin mghilangkn diri smpai langsung xdpt dikesan.fkir lah logik,kalau dia buang tabiat,knapa dia x hempaskn jer time bru terbang..tu lh point plg senang utk buang tabiat..ckp tu blapik sikit..ko ingt ko tu xda kluarga?