Sabtu, 22 Mac 2014

PEKIDA sanggup bermandi darah demi MH370

PEKIDA ni meroyan lagi. Dalam isu anti hadis Kassim Ahmad, mereka senayp sunyi. Dalam isu khurafat 'raja bomoh'mereka juga senyap sunyi. Hanya berkokok, ekor bergelumang tahi. Tambah pilihanraya Kajang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Macam itulah taktik kotor NGO pro UMNO.

Kalau betul PEKIDA sanggup mandi darah kerana mempertahankan Islam, kenapa tak 'mandi junub' bila melihat ada beberapa orang dah mati dalam Future Music Festival di Bukit Jalilkonsert Festival Asia hari itu. Islam jenis apa PEKIDA ni? Islam jadi-jadian? Sudahlah. Orang dah bosan.

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







JABI - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sanggup bermandi darah demi mempertahankan agama dan tanah air termasuk berkaitan
kalimah ALLAH.

Presiden Pekida, Datuk Jamaluddin Yusof berkata, ahli di seluruh negara sentiasa menggembleng tenaga untuk menjaga dan berjuang di atas nama ALLAH SWT
dalam menjaga agama, bangsa serta negara.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat penubuhan Pekida bagi menegakkan agama Islam, selain menyatukan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan
ideologi.

“Oleh itu, ahli Pekida diingatkan agar menyertai pertubuhan ini bukan kerana ada maksud lain seperti untuk menghadapi kumpulan samseng, mendapat pengaruh
dalam politik atau sebagainya,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pekida Besut di Lata Belatan, di sini. Hadir sama, wakil Adun Jabim, Ayahanda
Pengerusi Pekida Terengganu, Kamaruzaman Idris dan Ayahanda Pekida Besut, Abdul Aziz Muda.

Dalam pada itu, Jamaluddin berharap ahli Pekida dapat bangun daripada lena dan bersemangat dalam perjuangan, selain sentiasa menjaga imej serta nama baik
Pekida.

Menurut beliau, ahli juga perlu mengubah tanggapan sesetengah masyarakat bahawa Pekida merupakan sebuah pertubuhan samseng, sedangkan Pekida bukan seperti
yang dimaksudkan.

“Kita perlu mengubah pandangan orang, daripada takut dan gerun kepada kita (Pekida), kepada hormat atau segan kepada kita dengan banyak melakukan kebajikan,
membantu sesama ahli dan sebagainya,” katanya.

... PEKIDA yang diperkuda.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

berlakon je tuuuuu