Sabtu, 15 Mac 2014

5 mati ketika 'berseronok' dalam Future Music Festival di Bukit Jalil + Video

MasyaAllah, ketika Negara dilanda dukacita kehilangan pesawat MH370 , ketika Negara dalam kesusahan cuaca kering dan kemarau, ketika Negara diuji dengan kebakaran demi kebakaran, ketika Negara ditimpa jerebu dan ketika Negara dimalukan oleh aksi sesat 'raja bomoh', ketika itulah berita yang sangat mengejutkan kita.
  • Berita lima orang maut kerana mengambil dadah berlebihan ketika Future Music Festival ASIA (FMFA) dianjurkan di Negara kita. Tak jauh, di Bukit Jalil sahaja.



Apa nak jadi dengan kerajaan sedia ada. Kenapa tak halang benda-benda maksiat macam ni. Bersoal jawablah anda di padang Masyar nanti.

Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
{baca lagi klik butang papar ... }



Lima orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.

"Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.

"Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.

Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).

Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.

Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.

Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.

Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.
Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.

Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan,” katanya.
sumber

Artikel Berkaitan





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

Too la lau buka ceramah agama care yg dorg buad ni k gax an tp sglintr je kot cnfirm x de pegi tp lau buka konsert cm too smpai mati pon ade huhu dunia oh dunia...