Bagan Datoh – Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’
dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.
Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi
menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul
bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.
Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan
bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.
Video kat bawah
{baca lagi klik butang papar ... }
Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data
terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).
Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.
“Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.
“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.
“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia
akan timbul,” katanya.
Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.
“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing
bagi menarik mangsa.
“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi.
Hai hai hai .. pasai apa Datuk raja bomoh karut ni tak tarik je mayat tu naik terus depan rumah Najib. Kan senang. Tak payahlah susah orang nak cari guna teknologi canggih dan sebagainya. Lagipun hari tu hang kata tergantung di bantara tiga negeri. Pasai apa, jin hang dah tukar haluanmaklumat ke? Dah U-turn ke?
Bila la si tok bomoh ni nak kena dakwa seperti Kassim Ahmad yang telahpun ditangkap!!!?
Ada komen korang .. korang nampak tak mayat tu timbul? hahahahaha
beberapa hari lagi, satu lagi konsert maksiat akan dibuat di sepang sempena f1......tak serik2 kerajaan malaysia ni..dlm keadaan negara dilanda pelbagai masalah, mh370, budak2 mati overdose dadah di bukit jalil, satu lagi konsert maksiat akan dibuat lagi di sepang, konon sempena F1 sepang tak lama lgi..sape yg benarkan konsert tu kalau bukan kerajaan??
ini menunjukkan kerajaan betul2 tidak peduli dgn keadaan negara, tidak amik iktibar dari peristiwa semasa yg berlaku dlm negara.......
kenapalah bengap2 belaka menteri malaysia ni?
betul2 munafik puak2 ni...bila mh370 diisytiharkan hilang di lautan hindi, semua saluran tv dok siar rancangan agama, mengaji quran termasuk la tv maksiat utama tv3......tak sampai berapa hari, nak buat konsert pulak,,,ape kejadahnya semua ni..mengundang bala belaka
1 respon:

Catat Ulasan