Khamis, 27 Mac 2014

Saat - saat cemas ketika Kassim Ahmad yang degil tidak mahu ditangkap

“Semua pejabat agama yang ada tak boleh pakai. Saya ajar Islam yang sebenar dan bagi saya jawab sendiri dengan ALLAH. Waran tangkap semua ni mengarut
sahaja. Pergi balik!"

Itulah antara kata-kata dikeluarkan oleh sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad ketika pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menahan
beliau di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, sebaik diarahkan untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Kassim, pihaknya ke kediaman sasterawan itu kira-kira
jam 12 tengah hari, namun tiada sesiapa di rumah ketika itu.
{baca lagi klik butang papar ... }




“Hanya kira-kira jam 2 petang, Kassim pulang bersama seorang rakan menaiki kereta. Apabila pegawai penguatkuasa agama memperkenalkan diri dan memaklumkan
tujuan mereka ke situ, Kassim enggan memberi kerjasama sebaliknya menyuruh mereka balik.

"Keadaan menjadi semakin tegang apabila beliau mula bertindak agresif dan tidak mahu dirinya dipegang atau masuk ke dalam van PADK," katanya.

Azmi kemudiannya memaklumkan kepada Kassim bahawa PADK hanya melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Walaupun waran tangkap ditunjukkan, Kassim masih enggan mengikut arahan.

Menurut Azmi, untuk mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, PADK telah memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Kulim Hi–Tech untuk meminta
bantuan.

"Dengan bantuan polis, Kassim akhirnya dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum dua pegawai PADK mengiringi beliau ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang
di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam," katanya.

Penahanan ke atas Kassim dibuat selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9
Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
sumber

Artikel Berkaitan






# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: