Isnin, 24 Mac 2014

Panas ..! Pesawat MAS MH066 terpaksa dilencongkan ke Hon Kong kerana kegagalan sistem generator

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan pesawat MH066 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan
ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat
di Hong Kong.
{baca lagi klik butang papar ... }



sumber

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat
dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi
waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia
Airlines ke Kuala Lumpur," katanya. - Bernama



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: