sumber
Pasangan yang didakwa bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan
kerjasama dengan mendiamkan diri.
Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.
“Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan
ajaran Islam seperti solat dan sebagainya,” katanya, di sini.
Saiful Ariffin berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun
sedang nyenyak tidur.
Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.
Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.
Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.
“Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas
siasatan selesai berhubung kesalahan yang dilakukan
“Kita menasihatkan agar keluarga memainkan peranan penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.
Saiful Ariffin memberitahu, operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini.
Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk
kelakuan seperti itu.
Artikel Berkaitan
0 respon:
Catat Ulasan