Isnin, 10 Mac 2014

MH370: Terungkai sudah kenapa Scorpene tidak digunakan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelaskan pihaknya tidak mengerah dua buah kapal selam miliknya di dalam operasi mencari dan menyelamat
pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana asetnya itu tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk melaksanakan operasi tersebut.

TLDM memiliki dua buah kapal selam jenis Scorpene daripada kelas Perdana Menteri dikenali KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Pesawat Boeing 777-200 MAS yang membawa 239 penumpang itu hilang ketika di dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China semalam dan sehingga
kini belum ditemui.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam laman Twitter berkata, kapal selam mempunyai misi
yang berlainan dan tidak direkabentuk untuk melakukan tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR).

"Submarines are NOT designed and thus not equipped for SAR. Its a strategic weapon to provide deterrence. Sila baca fungsi kapal selam. Bukan untuk mencari
dan menyelamat. Ia senjata untuk cegah rintang," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Kenyataan Ahmad Kamarulzaman dibuat berikutan timbulnya persoalan dalam kalangan masyarakat tentang peranan yang boleh dimainkan oleh kapal selam milik
negara di dalam usaha SAR pesawat malang MAS itu.

Persoalan tentang peranan kapal selam negara itu timbul berikutan penghantaran sebuah jenis kapal jenis "Submarine Support and Rescue Vessel" (SSRV) oleh
Singapura, yang mempunyai fungsi yang berlainan berbanding kapal selam yang digunakan untuk tujuan ketenteraan.

"Kita telah mengerah kapal SSRV kita," jawab Timbalan PTL itu dan menambah, kapal selam mudah mengesan sasaran yang bergerak di dasar laut berbanding objek
statik.

Menurut Ahmad Kamarulzaman, TLDM telah mengerah enam buah kapalnya di dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 termasuk dua buah kapal peronda
generasi baru KD Pahang dan KD Terengganu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di laman Twitternya @Hishammuddin H20 juga berkata, kapal selam negara tidak direkabentuk untuk
operasi sebegini (SAR).

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Scorpion berkata...

zalimi lah lagi kpd anwar... kini Dia tidak akan diam lagi diatas kezaliman umno terhadap anwar dn rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

Beli 2 kapal selam sampai berbillion ringgit tapi tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk melaksanakan operasi SAR, ni apa cerita? Membazirkan duit rakyat saja.

Tanpa Nama berkata...

Releks aa bro...

Memang la siapapun kan rasa tak puas ati beli rega bebilion bila nak guna untuk sar tak buleh pulak...

Betul la tu...

Namun kalau difikirkan balik, masa beli dulu pun tak ada pulak keperluan nak guna untuk sar...

Semoga dapat dijadikan pengajaran di masa mendatang.