Jumaat, 21 Mac 2014

MH370: Kapten Zaharie telefon seseorang dari kokpit sebelum berlepas?

Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8
{baca lagi klik butang papar ... }

Mac.

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat "faktor manusia" selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.

Malaysiakini

sumber

Artikel Berkaitan





# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: