Rabu, 5 Mac 2014

Hasan Ali & NGO bukan mewakili Islam tetapi mewakili UMNO

Ketahuilah rakyat jelata ..

Hasan Ali dan NGO yang berhimpun dan menyatakan lebih 20 sebab kenapa Anwar Ibrahim harus ditolak sebenarnya bukan mewakili Islam tetapi lebih dari mewakili musuh politik Anwar. Siapa lagi kalau bukan UMPORNO!!

Pertama, kenapa masa PRK kamu tersangat sibuk untuk mencerc a Anwar sedangkan banyak lagi masa lain. Kenapa tidak berterusan dan kenapa memilih tarik dekat pilihanraya?

Bukankah niat kamu untuk mengurangkan atau mengalih tumpuan pengundi melayu dan Islam dari Anwar Ibrahim? Biarlah mulut kamu berkata di hari akhirat kelak.

Kedua, kenapa dalam isu Kassim Ahmad, kamu mendiamkan diri? Kenapa kamu tidak menyalak seperti mana kamu menyalak semalam? Jelas kamu hipokrit politik yang memalukan! Sepatutnya kamu yang beriya - iya kata memperjuangkan Islam tampil disaf hadapan sekali menentang Kassim Ahmad dan Mahathir atas kecelupran mulut mereka menghina Islam.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Ketiga, Kamu menuduh hanya di atas persepsi tanpa bukti. Kamu membuat tuduhan yang berat tapi kamu hanya bersandarkan fakta yang lemah. Tampil dengan bukti atas setiap dakwaan kamu. Kalau perlu dakwa Anwar di mahkamah syariah atas tuduhan kamu.

Ketahuilah rakyat Malaysia ..

Ada dikalangan musuh politik pembangkang sangat takut, gerun dan sangat iri hati dengan kemampuan pembangkang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Maka yang selama ini mereka menuduh PAS menggunakan Islam untuk politik,tetapi hakikatnya merekalah yang berbuat demikian.

Aku yakin, pengundi di luar sana sudah cukup matang. Matang dalam emmbuat keputusan.

Agaknya Hasan Ali masih rindukan jawatan Menteri Besar Selangor. Tidakpun dia masih terbawa - bawa dalam mimpi kerajaan perpaduan PAS - UMNO!

Wahai rakyat Malaysia

50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM sudahpun hancur berkecai. Kini 20 sebab pula.. esok lusa entah siapa pula. Ezam,, Zul Nordin mungkin .. atau ...?



sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: