Rabu, 5 Mac 2014

Gempar: Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat kali kedua.. ?

Berita ini memang tiada dalam sinar harian, harian metro, utusan , harakah, Malaysia kini tetapi berita ini datangnya dari blog pro UMNO. Aku teringat sebelum papagomo kantoi kes saman fitnah Anwar Ibrahim, blog ini memang cukup power dalam mereka cerita sehingga mendatangkan fitnah.

Macai tak setuju kalau aku cakap fitnah? Maka bersoal jawablah dengan mahkamah. Mahkamah yang memutuskan papagomo bersalah. rujuk siniuntuk kisah tragis tersebut. Dan nak tahu apa yang jadi sebelum papagomo kena saman RM800 ribu!

Apabila berita Ustaz Badrul Amin didakwa oleh blogger pro UMNO ditangkap khalwat kali kedua, malah lokasi tangkapan khalwat pun di sekitar Kajang, ianya menjadi tanda tanya. Apakah berita ini ditimbulkan bagi membalas berita yang dikeluarkan Berita Harian mengenai seorang pemimpin wanita sebuah parti politik dicekup khalwat? rujuk sini untuk laporan berita.

Atau sekadar nak memburukkan PKR menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang? Kalau itulah cara blog pro UMNO buat, maka ulang siar taktik lama terpakai lagi. Apakah UMNO tidak serik-serik? Jom ikuti cerita blogger tersebut ..
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Badrul Amin PKR sekali lagi di tangkap khalwat malam semalam di sebuah rumah tak bernombor di Kajang.

Menurut keterangan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor JAIS laporan diterima penguatkuasa jabatan itu jam 8 malam oleh pengadu yang namanya tidak didedahkan.menurut maklumat yang diterima,

Hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor yang hadir ke rumah tersebut mendapati seorang lelaki berkain pelikat tanpa berbaju manakala seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 tahun berstatus janda anak dua.
Kedua dua mereka dibawa ke balai Pejabat JAIS malam tadi dan kemudian dibebaskan jam 2 pagi setelah selesai soal siasat.

Untuk rekod Badrul Amin merupakan pemimpin kanan PKR yang sebelum ini ditangkap khalwat dengan seorang isteri guru di Kuantan Pahang pada tahun 2012.

Badrul Amin yang pada mulanya menafikan penangkapan khalwat tersebut kemudiaanya mengahwini wanita itu setelah diceraikan oleh suaminya.

Laporan ini didedahkan oleh Blogger Badut Rakyat, kesahannya masih lagi menjadi tanda tanya...

sumber

YA.memang satu ketika dulu bila papagomo menulis entry terbaru yang berlandaskan fitnah, aku berhaap suatu hari nanti dia akan mendapat balasan setimpal. balasan azab dunia dan akhirat. Kini apa sudah jadi pada papagomo? Kita juga harap papagomo insaf dan kembali ke pangkal jalan. Begitu juga dengan blogger Badut Rakyat. Dari ulasan komen di blognya, ada yang menyatakan semasa waktu kejadian, Ustaz Badrul Amin berada di salah sebuah masjid dalam majlis ilmu. wallahulam.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

Boleh percaya ker berita yang dibawa oleh badot?