UPDATE TERKINI
Pemain Import T-Team FC, Evaldo Goncalves ditumbuk di bahagian muka dan menyebabkan pendarahan pada hidung dan Jurulatih Kecergasan T-Team FC Stefano, disepak pada bahagian kemaluan oleh Pengurusan Tertinggi JDT semasa menuju ke bilik persalinan.
https://www.facebook.com/TTeamTitans
Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama.
1.Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.
2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.
3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.
4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.
5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.
6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/268658026630837
ketika di dalam terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan. Campurtangan yang membawa kepada pergaduhan?
Johor Bahru: Hampir 30,000 penyokong Harimau Selatan pulang hampa apabila perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang
T-Team terpaksa ditangguhkan pada babak kedua perlawanan, malam tadi.
Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului T-Team 2-1.
Komisioner perlawanan, Zainal Mukri, berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez
dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo.
{baca lagi klik butang papar ... }
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
harap tiada lagi pergaduhan yg macam ini berlaku lagi dan kecewa rtm tak siarkan live perlawanan ini yg ada siaran tertunda patut rtm gelarkan sukan tertunda hanya di rtm
maaf bukan sukan tertunda tapi siaran tertunda hanya di rtm
maaf bukan sukan tertunda tapi siaran tertunda hanya di rtm
Yg faham faham aje lah karang komen lebih lebih mau makan nasi bubur..sblm mkn nasi bubur baik tgk aja.cmana pun smngat nk tgk prlawanan bola rasa mcm dh tawar dah ni..x tau siapa yg main mgikut stertegi dan kawalan prlawanan trbaik nk tgk pun dh x de smangat..sedih
Catat Ulasan