Ahad, 2 Februari 2014

Panas! Faekah Husin membayangan gaji terakhir bersama Selangor!

Elok juga terburai semua, biar terkeluar habis ulat dan nanah dalam PKR.

BEKAS Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berseloroh berkata berkemungkinan inilah gaji terakhir dengan kerajaan Selangor.

“Mungkin ini gaji terakhir dari Selangor ha ha,” kata Faekah Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), dalam twitter 2 jam yang lalu.

Ketika ditanya pengikut twitternya, adakah beliau bersetuju Anwar adalah pemimpin hebat, Faekah menjawab, “Idola saya dulu kini dan selamanya. Beritahu adik perempuan awak, jangan jealous macam Ummi..”
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Faekah turut mengkritik taktik memburuk imej Khalid sebagai ‘lemah’ kerana strategi itu semata-mata untuk menjustifikasikan keperluan Anwar bertanding di DUN Kajang.

Sebelum itu berlaku perang proksi di antara Faekah mewakili kem Khalid dengan Nik Nazmi Nik Ahmad mewakili kem Azmin di twitter.

Sinar Harian melaporkan Nik Nazmi menerusi laman mikro Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik kerana beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Khalid.

“Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik.

“Anda perlu tahu masa anda sudah tamat,” tulisnya.

Faekah menjawab twitter Nik Nazmi itu dengan berkata, “”Nasihat yang baik dari mantan setiausaha politik juga. Kempen minima di Kajang, jimat kos.”

Menurut portal itu, kemuncak perang Twitter bermula Khamis lalu apabila Faekah seolah-olah membidas Anwar berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi DUN Kajang.

Faekah secara beralas menggesa Penasihat PKR itu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ekoran mahu bertanding di kerusi DUN Kajang.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakindalam isu DUN Kajang.

# PBO: aku dah kata, dah hilang isu sara hidup. PKR sibuk pula mempertahankan diri. BN tepuk tangan.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: