Isnin, 24 Februari 2014

Tarian lucah di Medan Selera Serdang

SERDANG - Seorang ibu tergamak membiarkan anak perempuannya berusia 15 tahun menggantikan dirinya untuk menghibur pelanggan dengan menyanyi dan menari
tarian lucah di Medan Selera Serdang, Taman Perindustrian Bukit Serdang, malam kelmarin.

Gadis tersebut mendakwa dia terpaksa berbuat demikian bagi menggantikan ibunya yang tidak sihat dan tidak mampu memberi persembahan kepada pelanggan yang
berkunjung ke medan selera tersebut.

Difahamkan, remaja perempuan itu tidak bersekolah sejak setahun lalu dan masa terluang diisi dengan bekerja bersama ibunya.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Dalam Ops Noda dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, remaja perempuan dan ibunya berusia 53 tahun antara 15 yang dicekup leka membuat persembahan
mengghairahkan di atas pentas dengan berpakaian menjolok mata.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Serdang, Deputi Superintendan Ramsay Embol berkata, hasil maklumat awam, beliau bersama 23 anggota menyerbu
medan selera yang turut menempatkan sebuah pentas di bahagian tengah premis kira-kira jam 11 malam.

Tujuh wanita warga tempatan, tujuh warga China dan seorang warga Thailand masing-masing berusia antara 15 hingga 55 tahun didapati leka membuat tarian
dengan lentok tubuh badan yang menggiurkan kepada pengunjung.

“Penari akan dikalung bunga oleh pelanggan yang berpuas hati dengan persembahan mereka selain menerima tips antara RM10 dan RM100 daripada pengunjung,”
katanya.

Kesemua yang ditahan termasuk dua penjaga warga tempatan dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk tindakan lanjut.

Pengusaha didapati tidak mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti hiburan selain menggaji pekerja tanpa permit.

Manakala warga asing pula didapati menyalahgunakan pas pelawat, pas pelajar dan pasport tamat tempoh serta tinggal lebih masa.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: