Segamat: “Saya melaungkan azan di enam penjuru dari atas bot bomba dalam usaha untuk mengesan sama ada operasi mencari dan menyelamat baki lima mangsa diganggu atau sebaliknya.
“Alhamdulillah, ketika saya melaungkan azan dan membaca doa, tiada sebarang masalah dialami pasukan penyelamat,” kata Imam Masjid al-Muhajirin Buloh Kasap Samsuri Ismail, 52, semalam.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Operasi mencari dan menyelamat itu disertai 133 petugas keselamatan membabitkan bomba dan penyelamat Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Ia turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pejabat Daerah Segamat.
Foto
KELUARGA mangsa tidak dapat menahan sebak selepas membuat pengecaman mayat.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi kelmarin sebelum operasi mencari dan menyelamatkan dimulakan pada jam 9.48 pagi.
0 respon:
Catat Ulasan