Sabtu, 22 Februari 2014

Pengakuan isteri curang

BUKU ini diterbitkan tepat pada waktunya, ketika gejala curang kian menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Lebih menakutkan, gejala curang bukan sahaja dilakukan oleh suami tetapi juga isteri.

Apa yang membimbangkan, perlakuan curang akan mencetuskan balas dendam. Oleh kerana itu, banyak kes curang yang berakhir dengan pembunuhan, mendera, memukul, menyimbah asid dan sebagainya.

Paling menyedihkan, perlakuan curang akan meruntuhkan rumah tangga dan anak-anak menjadi mangsa.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Semua ini sering disiarkan di media massa. itu yang disiarkan, yang tidak disiarkan dan disembunyikan, bagaimana? Tentulah jumlahnya lebih banyak dan menggerunkan. Ini bertepatan sekali dengan hasil kajian yang telah dilakukan oleh agensi-agensi tertentu bahawa gejala curang kian membarah di dalam masyarakat kita dan sangat membimbangkan, jumlah isteri yang curang juga kian meningkat.

Aku Setia, Kau Curang! adalah sebuah buku yang diterbitkan untuk melihat isu ini dalam skop yang lebih luas. Antara yang paling menarik diketengahkan oleh buku ini adalah pengakuan isteri-isteri curang, juga suami yang menjadi mangsa kecurangan isteri. Semua kisah yang dipaparkan adalah kisah benar melalui temu bual dengan individu-individu terbabit.

Untuk mendapatkan persetujuan mereka bukannya perkara mudah. Siapa mahu mendedahkan aib sendiri, bukan? Tetapi itulah yang berjaya dilakukan oleh penulis buku ini. Bacalah pengakuan mereka, anda pasti terkejut!

Bukan sekadar kisah sebenar, Aku Setia, Kau Curang! turut dilengkapi tip-tip mengenal pasangan curang, hak serta tanggungjawab suami dan isteri, juga peringatan terhadap dosa zina. Tip bagaimana untuk menjadi pasangan yang membahagiakan turut dimuatkan, selain peringatan serta amaran tentang bencana yang bakal dialami apabila terlibat dengan gejala tersebut.

Ramai yang menjadi mangsa curang tidak tahu bahawa mereka boleh menangani masalah itu daripada sudut undang-undang. Bacalah buku ini, ia dapat membantu anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Istimewanya buku ini, ia turut memuatkan kaunseling oleh pakar motivasi terkenal, Dr. Robiah K. Hamzah yang berkongsi pandangannya berdasarkan kes-kes yang dipaparkan.

Dijamin, Aku Setia, Kau Curang! sangat menarik untuk dibaca kerana dipersembahkan dengan cara menggabungkan unsur-unsur sensasi, komersial, pendidikan, agama dan peringatan. Jangan malu atau gusar dengan topik yang diketengahkan kerana Aku Setia, Kau Curang! bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk menjadi panduan agar kesilapan yang ‘mereka’ lakukan tidak diulang oleh orang lain.

Telah berada di pasaran mulai awal Februari lalu, buku ini sesuai dibaca bagi menambahkan ilmu kekeluargaan, juga untuk menjadi pasangan yang jujur serta membahagiakan, sejajar dengan tuntutan agama dan budaya. Hanya RM13.90, Aku Setia, Kau Curang! pasti memberikan banyak manfaat kepada anda.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: