Sabtu, 22 Februari 2014

Ada yang mati himpunan mansuhkan PBS 222?

'Himpunan 222: Mansuh PBS' anjuran Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berjaya diadakan di Bangi walaupun sebilangan hadirin dipercayai guru, hadir secara menyorok-nyorok untuk mengelak sebarang liputan media serta sorotan lensa dan kamera video.

Bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, himpunan yang diadakan bagi membantah pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada asalnya dijangkakan berlangsung di perkarangan parkir masjid.

Namun, himpunan itu berlangsung di satu bilik mesyuarat masjid berkenaan dan diadakan dalam format sidang media selama dua jam bermula sekitar jam 2.30 petang.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Majlis yang menarik kehadiran kira-kira 100 orang itu diacarakan bekas guru, Mohd Zai Mustafa yang kini bergerak aktif bersama Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan yang menurutnya menyelia kira-kira 400 buah sekolah agama rakyat.

Dakwanya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ada mengeluarkan arahan agar guru-guru tidak menyertai himpunan tersebut.

"Ada arahan daripada NUTP supaya para pendidik tidak hadir dalam perjumpaan ini," katanya.

Sebilangan hadirin wanita yang duduk di bahagian hujung dewan kelihatan memakai purdah bersama kaca mata hitam, menyukarkan wajah mereka dicam jika majlis petang tadi didokumentasikan oleh pihak kementerian pelajaran.

Pengerusi SGMM, Mohd Nor Izzat Johari, dalam ucapannya turut membuat gesaan kepada polis Cawangan Khas, yang dakwanya turut hadir pada sidang media itu, untuk "memikirkan masa depan anak-anak mereka" yang terkesan akibat pelaksanaan PBS.

Pelaksanaan PBS dikritik sebahagian guru kerana didakwa mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran kerana guru-guru terpaksa menghabiskan banyak masa melakukan tugas memasukkan data bagi penilaian berterusan murid-murid.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaannya ditangguhkan sehingga bulan April ini.

Turut hadir memberikan sokongan tadi adalah Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan, bekas calon pilihan raya kecil Tenang serta bekas guru, Normala Sudirman, koordinator Jingga 13 dan bekas guru, Fariz Musa; serta aktivis Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zul Hazmi.

PBO: Tak ada pun yang mati petang tadi, dan tak ramai pun yang hadir. Masing-masing takut terjadi sesuatu atas kerjaya guru masing-masing. Hanya tak sampai 100 orang. Saban hari kita tengok dalam media social, para guru mengkritik KPM tetapi tiba masa untuk menzahirkan ke dunia nyata, semuanya ....

korang sambung sendiri saja ayat tu..

Bagi guru yang takut untuk hadir tapi kecewa dengan PBS, ada satu lagi cara, zahirkan undi anda pada pembangkang pada PRU 14.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

vmc master berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.