Isnin, 3 Februari 2014

Menarik: cerita Allah dan perihal Dragon Ball

Rugi kalau kalian tak baca sampai habis. Tajuk memang nampak pelik, tapi mesej yang nak disampaikan cukup buat kalian boleh termenung panjang. KECUALI kalau ada hati-hati yang memang keras ..

Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh
mencarinya.

Selepas berakhirnya pertarungan Son Goku dan Vegeta melawan Majin Buu, dunia kembali aman. Penduduk Bumi akhirnya mengecapi ketenangan dan suasana harmoni
untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang.

Son Gohan kembali menjalani kehidupan normal seorang remaja yang penuh warna warni dan keriangan. Kembali bersekolah dan semestinya... cinta. Mencipta
sebanyak mungkin  memori indah bersama gadis yang menjadi pujaan hatinya, Videl.

Son Gohan mahu menebus kembali masa-masa lalunya yang banyak dihabiskan di gelanggang latihan dan medan perang. Dia kembali mengorak langkah mengejar cita-citanya
untuk menjadi seorang ilmuan.

{baca lagi klik butang papar ... }

5 artikel pilihan pembaca hari ini

Akhirnya dia berkahwin, memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Juga seorang zuriat yang comel. Dia juga berjaya menggapai cita-citanya. Namun semakin banyak
kejayaan yang dikecapi semakin dia merasakan kekosongan di dalam hatinya. Ada lohong besar yang sering meresahkan fikirannya. Hidupnya terasa tak lengkap.

Dia dahagakan kebenaran. Dia mula memikirkan kebenaran dan rahsia di sebalik kuasa dan segala macam keajaiban di dunia. Persoalan-persoalan yang tak pernah
ditemui jawapannya sepanjang tempoh pengajiannya di universiti.

Siapakah yang mencipta seluruh alam ini? Kuasa apa yang begitu hebat mengatur perjalanan alam dengan begitu sistematik dengan sistem yang amat kompleks?
Siapa yang menciptakan aku sehingga begitu sempurna? Kacak, hensem, bergaya, macho? Sehingga pergerakan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut dan
aliran darah yang bekerja keras membawa oksigen ke seluruh anggota badan.

Pasti ada satu kuasa Maha Agung yang sangat berkuasa sehingga mampu mencipta manusia dengan begitu ramai dengan setiap mereka memiliki identiti yang berbeza
malah cap jari juga berbeza. Semua sistem ini bukan terjadi secara kebetulan, pasti ada mastermind nya.

Son Gohan..
Dia telah berjumpa dengan terlalu ramai pahlawan yang hebat. Malah Dewa yang disembah kebanyakan orang di sekelilingnya. Tapi kehebatan mereka ada had,
dan terbatas.

Dewa Naga yang dirasakannya cukup berkuasa menunaikan permintaan manusia, hanyalah makhluk yang terikat pada magis yang dipateri pada Dragon Ball. Tanpa
Dragon Ball, Dewa Naga juga tak mampu muncul.

Hakikatnya, Dragon Ball itu juga ciptaan manusia. Dan orang yang mencipta Dragon Ball juga telah mati. Untuk mencari jawapan, Son Gohan berkelana ke seluruh
pelosok dunia. Mengkaji pelbagai jenis agama. Menyelongkar segala jenis ilmu dan kitab.

Sehinggalah akhirnya di hujung pencariannya dia dipertemukan dengan seorang kanak-kanak lelaki di pinggir sebuah hutan. Budak lelaki itu sedang berhadapan
dengan seekor harimau yang kelihatan mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.

Tiada upaya untuk melawan, dia kelihatan hanya berserah. Tangannya ditadah ke langit dan mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu. Pantas Gohan menyelamatkan
budak lelaki itu. Lintang pukang Sang Harimau menyelamatkan diri.

"Err, apa yang ko baca tadi? jampi ke?" Son Gohan bertanya sekadar ingin tahu.

"Saya berdoa kepada Tuhan, supaya menyelamatkan saya" Yakin dan tenang budak itu menjawab.

"Siapakah Tuhanmu? Ternyata Dia tak datang selamatkan ko" 

"Tidak. Allah telah mendengar permintaanku. Dia telah mengabulkan doaku. Dia telah menggerakkan abang untuk datang dan bantu saya" Tanpa keraguan budak
itu menjelaskan.

Son Gohan keliru kerana kurang faham akan maksud budak lelaki itu. Dia dibawa ke rumah budak itu untuk dibawa berjumpa keluarganya sebagai tanda ucapan
terima kasih. Rupanya ayah budak itu seorang guru agama yang disegani di kawasan itu. Son Gohan diajak bermalam di rumahnya.

Pertama kali dalam hidupnya, air matanya mengalir tatkala mendengar alunan merdu bacaan al-Quran. Dirasakan sebuah ketenangan yang amat sangat. Bermula
saat itu dia belajar tentang Islam. Mengenal Tuhan Yang Esa. Hampir segala persoalannya selama ini terjawab.

Ironi. Segala pertanyaan yang berlegar di ruang fikirannya sebenarnya telah mempunyai jawapan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

Akhirnya Son Gohan berjaya menemui jalan pulang yang dicarinya selama ini. Dia kembali kepada fitrah seorang manusia yang ingin hidup bertuhan. Menjumpai
cara hidup pelengkap kepada ketidaksempurnaan akalnya yang sangat terbatas itu.

Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh
mencarinya.

Seorang pahlawan bangsa saiya
Aku telah lama ingin pulang,
Namun tak ketemu jalan,
Kini laluan lurus telah tebentang,
Izinkan aku menghadap-Mu Tuhan..
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang beroleh petunjuk,
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
(Al-A'raf ayat 178)
Sekian...
P/s: Cerita ini rekaan semata-mata yang diolah oleh seorang sahabat maya saya,
ilusi-fantasidunia.
Semoga kisah ini bermanfaat buat semua..
--------------------------------------------------------------------------------

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH
--------------------------------------------------------------------------------
sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: