Alor Setar: Seorang lelaki warga Bangladesh cedera di kaki kanan selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki apabila dipercayai cuba merogol isterinya di Kampung Teluk Wanjah, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari apabila lelaki berusia 40-an terbabit dikatakan merentap pakaian wanita berusia 50 tahun itu, menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan suaminya yang berada di belakang rumah.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Sumber berkata, suspek dikatakan masuk ke rumah wanita terbabit yang juga jirannya menerusi pintu depan tanpa menyedari suami mangsa berusia 60-an membelah buah kelapa di belakang rumah.
Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dilihat mundar-mandir di depan rumah mangsa dengan berseluar panjang sebelum suspek didapati berkain pelikat.
“Lelaki berkenaan masuk ke dalam rumah lalu merentap pakaian mangsa, menyebabkan wanita itu menjerit sebelum suaminya muncul dari belakang lalu menetak kaki kanan suspek dengan parang.
“Suspek kemudian menumbuk dada suami wanita terbabit sehingga rebah sebelum melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana cubaan rogol.
Katanya, suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.
0 respon:
Catat Ulasan