Sebelum ini meletop cerita kes mahkamah AC Mizal yangd ikehendaki membayar nafkah kepada permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan. baca sini ye bang ..
Kini kisah tuntutan nafkah merebak pula kepada pengulas sukan terkenal saudara Zainal Abidin Rawop. Berikut sedutan kisahnya;
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
SHAH ALAM - Mahkamah rendah syariah semalam memerintahkan pengulas sukan terkenal, Zainal Abidin Abd Rawop, 47, membayar RM20,500 kepada bekas isteri, Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43, bagi nafkah edah dan anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Azmi Aziz selepas kedua- dua pihak mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.
“Pihak defendan setuju membayar nafkah edah RM8,000 kepada plaintif dengan dua kali pembayaran bermula 28 Februari ini,” katanya.
Sementara bagi nafkah ketiga-tiga anak mereka, Zainal Abidin diperintahkan membayar RM4,700 setiap bulan bermula Mac depan.
Sebagai persiapan Aidilfitri, defendan perlu membayar RM2,500 manakala Aidiladha sebanyak RM500, masing-masing perlu dijelaskan pada 15 Ramadan dan 1 Zulhijah setiap tahun.
Untuk percutian, Zainal Abidin bersetuju membayar RM3,000 bermula 20 Oktober depan manakala RM1,800 sebagai persiapan kelengkapan persekolahan dibayar pada 1 Disember 2014.
Mahkamah juga memerintah Zainal Abidin membayar yuran pengajian anak sulungnya terus kepada pihak universiti dalam tempoh tujuh hari setelah dikemukakan invois oleh plaintif.
“Semua pembayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun plaintif kecuali yuran universiti anak,” katanya.
Kristina Zuhana, yang diwakili Peguam Syarie Datuk Amli Embong memfailkan tuntutan nafkah edah dan anak pada 23 April tahun lalu selepas mereka bercerai pada 14 Jun 2012.
0 respon:
Catat Ulasan