Sabtu, 8 Februari 2014

Nota kepada Mejar Zaidi

www.penburukonline.blogspot.com

Salam tuan Mejar Zaidi,

Bila aku baca laporan akhbar yang mengatakan tuan kena dakwa, aku sikit pun tak terkejut dengan undang-undang dunia. Tentera pun manusia juga makhluk ciptaan Allah. Mereka juga tak lari dari sifat naïf dan lemah. Yang Maha Besar Allah SWT. Mereka tak besar mana pun!!

Undang-undang dunia yang dicipta pihak tentera mengatakan tuan tak boleh buat sesuatu tanpa kelulusan pihak tentera. Itu yangaku fahamlah. Tapi undang-undang dunia tu seiring atau tidak dengan keredhaan Allah , aku bukan arif bab tu.

Cuma aku rasa jika kau didakwa, didapati bersalah atau apa jua tindakan yang dikenakan kepada kau kerana menyatakan kebenaran tentang dakwat kekal yang tak kekal, satu kezaliman telah diputuskan atas diri kau. Dan orang yang menzalimi orang lain tak dapat lari dari hukum undang - undang Allah SWT. Balasan tetap akan diterima sama ada didunia atau diakhirat.

Lebih malang jika pihak tentera membuat keputusan yang memihak kepada parti UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan sekarang.

Kami pendokong pakatan rakyat yang mahukan keadilan tetap menyokong tuan Mejar Zaidi dari belakang. Kami panjatkan doa, agar tuan Zaidi dimurahkan rezeki, diberi ketabahan dan kesabaran serta dirahmatiAllah. AMIN.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








wassalam:
www.penburukonline.blogspot.com

Berikut adalah petikan akhbar mengenai pendakwaan ke atas Mejar Zaidi;

KUALA LUMPUR - Seorang Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, didakwa di Mahkamah Tentera di sini atas lima pertuduhan
melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan dua pertuduhan melanggar Perintah Tetap Pangkalan berhubung isu dakwat kekal ketika PRU13 tahun lalu.

Zaidi, 47, yang bertugas di Pangkalan Tentera Udara Butterworth mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh Yang Dipertua Mahkamah
Tentera, Kolonel Saadon Hasnan, di Pangkalan Udara TUDM di sini, hari ini.

Korum enam panel itu turut disertai Lef Kol Zainurin Mohd Dom; Mejar Khuzairi Mohd Arshad; Mejar Khairul Nizan Taib; Mejar S Nadzeer Sallehuddin; dan Mejar
Noor Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zaidi didakwa melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961 dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan
rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan,
di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Dia turut didakwa bagi pertuduhan ketiga kerana menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan dari
pihak Majlis Angkatan Tentera.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, dia didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada dan pihak
Angkatan Tentera dan Kementerian Pertahanan.

Pertuduhan ketiga hingga kelima didakwa berlaku di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mac 2013.

Sementara itu, Zaidi turut berdepan dua tuduhan menghantar dua khidmat pesanan ringkas berbaur politik atau hasutan, pada 1 Mei 2013 di Pangkalan Udara
Butterworth.

Pertuduhan pertama hingga kelima, didakwa mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, manakala pertuduhan keenam dan ketujuh mengikut Seksyen 51
akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau mana-mana hukuman yang lebih ringan termasuk dibuang kerja, jika sabit kesalahan menurut
Seksyen 89 akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 8, 9, dan 10 April depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikenali Pegawai Pendakwa TUDM Mejar Ahmad Sanusi Ali manakala tertuduh diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia ni dedah kebenaran dakwat kekal yg x kekal menjadi satu kesalahan.. Tapi dedah aurat dan buat filem dedah separa tubuh (separa lucah) yg bernilai rm326 juta amat disanjung tinggi oleh pejuang akidah islam ala melayu umno....lawak king betullah...