Isnin, 17 Februari 2014

UFB atau Khazim nak debat dengan Kassim Ahmad, yang mana satu ni?

PAS bukan parti Islam, PAS yang dituduh selama ini sesat, mengamalkan agama untuk kepentingan politik semata-mata tak perlulah kita desak mereka untuk berdebat dengan si sesat Kassim Ahmad. Kita buka ruang dan peluang ini untuk ulama dalam UMNO.

Walhal aku rasa PAS tak akan gerun sama sekali, banyak para ulama dan cerdik pandai dalam bab agama boleh sekolahkan Kassim Ahmad. Tapi kita kasi peluang pada ulama UMNO ..
kalau tak ada yang berani disebabkan Mahathir yang rasmi program tu, PAS aku rasa tak ada masalah.

Bukankah UMNO sahajalah parti di Malaysia yang bertegang urat mempertahankan Islam, bukankah UMNO sahaja yang memperjuangkan syiar Islam. Parti lain semuanya sesat.



Kita minta Ustaz Fathul Bari ke atau Ustaz Khazim .. tak pun kalau Muhyiddin pun boleh juga. Sahut sahaja cabaran Kassim Ahmad. RTM dan TV3 tak ada masalah punya nak buat siaran langsung.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad mempertahankan kenyataan beliau dan mencabar pihak yang menuduhnya sesat dan murtad supaya berdebat.

Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".

"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Semalam, dalam ucapan ketika Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", ahli akademik itu mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama.

Selain itu, umat Islam juga didakwa mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukan aurat wanita.

Ekoran kenyataan terbaru Kassim tersebut, beliau hari ini 'diserang' oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA).

Dalam sidang medianya, Mahfuz mempersoalkan mengapa ahali akademik itu tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana penguatkuasa agama dan pemikir itu didakwa menghina Islam dan Majlis Raja-raja.

Manakala dalam kenyataannya, Presiden ASWAJA Zamihan Mat Zin berkata kenyataan Kassim berhubung pendewaan terhadap Nabi, ingin mentafsirkan semula al-Quran dan mengkritik “kasta paderi” dalam Islam boleh mendorong kepada kemurtadan.

Amacam brader, masa ni la nak tunjuk UMNO juara mempertahankan Islam. Tak gitu brader ..?
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: