Rabu, 12 Februari 2014

Bila UMNO diaibkan rakan sendiri ..

Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan
hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan
politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak
berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang
dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam
mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang
menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan
hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih
baik.

Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya
bersama pemimpin PBB dan MT BN.

Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang
membawa kepada pembentukan Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di
Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab.

"Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial.
"Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan
etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak.

"Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN di Semenanjung
Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum.

Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan,
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri .

Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri
bagi menggantikan beliau.

Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik balik tuduhan
itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak.

Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem – seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri – bertindak
menggantung Chong.

Chong masih digantung daripada sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini
berkata, keputusan untuk membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan bersidang pada Mei nanti.

Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan.

Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak kurang kesetiaan kepada kerajaan
persekutuan.

"Kami 100% setia kepada Malaysia. Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang.

"Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya.

APAKAH SELEPAS INI BEBERAPA NGO AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TAIB MAHMUD KERANA MENGHINA MELAYU???

APAKAH AKAN ADA UPACARA SEMBELIH AYAM SAMBIL LUMURKAN DARAH KE BANNER ADA WAJAH TAIB MAHMUD DI KUCHING SARAWAK DALAM MASA TERDEKAT INI ????

APAKAH AKAN ADA SUARA-SUARA SUMBANG DARI PEMUDA DAN PUTERI UMNO AGAR KERAKYATAN TAIB MAHMUD DI CABUT????
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mohd.azrul berkata...

Taib.mahmud.pun.sama.juga.