Sabtu, 8 Februari 2014

Bila remaja semakin ramai hamil

#Apabila remaja Malaysia mencatatkan bilangan remaja hamil yang tinggi, maka bersyukurlahMalaysia masih aman.

#Apabila kerajaan mewajibkan subjek lain untuk lulus sedangkan pendidikan islam dan moral hanya sekadar dipingiran, maka tahniahlah kementerian pendidikan.

# Apabila kerajaan suka akan k-pop dan membenarkan hiburan melampau di stesen tv, maka tak hairanlah remaja ramai yang hamil

#Apabila kerajaan mengamalkan dasar pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, maka janganlah terkejut dengan berita remaja ramai hamil

#bila mak bapak terlalu manjakan anak.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Putrajaya: Mesyuarat Majlis Sosial kali ketiga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membentangkan dua kertas kerja
masing-masing bertajuk ‘Kehamilan dan Kematian Di Kalangan Remaja’ oleh Kementerian Kesihatan dan Agenda Sosial Negara 2014 oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam kenyataan dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri semalam, Kementerian Kesihatan menyatakan senario kehamilan dan kematian
dalam kalangan remaja kini semakin serius dan perlu pendekatan holistik untuk mencegah dan membendungnya.

Justeru, kerjasama berterusan amat diperlukan terutama dari ibu bapa, guru, badan bukan kerajaan (NGO), ahli agama dan ketua masyarakat bagi memberikan
kesedaran menyeluruh kepada remaja.

Sementara itu, perbentangan kertas kerja kedua oleh KPWKM pula menerangkan lebih lanjut senarai program Agenda Sosial Negara 2014 yang akan dilaksanakan
tahun ini.
Antara program yang akan difokuskan termasuk memberi tumpuan kepada kumpulan sasar kementerian dan isu sosial yang spesifik untuk ditangani dan dibendung
oleh kementerian.
Pada masa sama, kempen kesedaran dan pencegahan akan dilaksanakan bagi menangani masalah sosial yang sudah dikenal pasti.

Pada mesyuarat sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyediakan kertas makluman bertajuk ‘Kadar Jenayah Di Malaysia - Program Pencegahan oleh PDRM’
sebagai makluman awal kepada ahli mesyuarat.

Mesyuarat Majlis Sosial yang berlangsung di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu turut dihadiri sembilan menteri; dua wakil NGO dan
dua pegawai awam yang juga ahli tetap majlis.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: