Jumaat, 7 Februari 2014

Anwar tetap berdegil

Ekoran Nallakarupan menawarkan bertanding menentang Anwar sebagai calon bbebas, kita akan jangkakan sekali lagi isu seks, liwat, seks dan lagi lagi fitnah seks akan menjadi santapan UMNO ..

“Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut.

“Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya
bertanding di PRK Permatang Pauh.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







“Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, kata Anwar, menyerang peribadi lawan adalah cara politik picisan dan hanya menunjukkan kerendahan moral seseorang.

“Ramai yang lupa saya pernah menjadi pemangku perdana menteri dan masih mendapat maklumat. Jika saya mahu aibkan pihak lawan, saya boleh tapi seolah-olah
saya tiada moral.

“Kalau ada yang kata saya tak berani, sudah banyak yang saya saman. Tapi kebanyakannya menarik semula kenyataan dan ada yang kalah,” katanya.

Menurutnya, PKR juga tidak akan sesekali terjebak dengan kempen serangan peribadi dalam PRK Dun Kajang.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengarah PRK Dun Kajang.

“Kita setuju agar jentera kempen kita menumpukan isu rakyat dan isu nasional,” katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: