Isnin, 27 Januari 2014

UMNO perlu cemas dengan berita ini

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, kerajaan perlu segera menyelesaikan isu kalimah ALLAH bagi
mengelak berlakunya sekali lagi ‘tsunami’ politik.

Jelasnya, sekiranya isu ini tidak dipandang serius untuk diselesaikan, dikhuatiri akan berlaku sekali lagi tsunami yang sekaligus akan membawa ‘malapetaka’
kepada kuasa Melayu, Umno dan BN.

“…sekarang ini berlaku isu kalimah ALLAH, bagi saya isu ini perlu diselesaikan dengan cepat sebelum ia merebak menjadi barah.Bila tsunami ini berlaku,
akan tercabar hebatlah kuasa Melayu, kuasa Umno dan kuasa BN.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








“Tsunami apakah itu? Itulah tsunami Borneo. Apabila tsunami ini datang, waktu itu usah tercari lagi maksud perpaduan Melayu. Tsunami itu sudah mulai terbentuk
sekarang, jadi selesaikan segera isu kalimah ALLAH untuk mengelak berlakunya tsunami tersebut,” katanya ketika
dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Agus lagi, beberapa isu sebelum ini jelas menunjukkan telah berlaku tsunami dan berharap pihak kerajaan BN perlu beringat mengenai hal tersebut.

“…pada PRU 2008 berlaku tsunami politik dan pada tahun 2013, berlaku pula tsunami Cina. Pada PRU 2008, dikatakan tsunami politik kerana majoriti pengundi
India dan Cina tidak menyokong BN dan pada PRU 2013 dikatakan tsunami Cina kerana majoriti pengundi Cina tidak menyokong BN.

“…menariknya, kedua-dua tsunami ini tetap mempertahankan kuasa BN biarpun tanpa kemenangan majoriti dua pertiga. Oleh itu kerajaan perlu beringat, sebelum tsunami PRU14 melanda, jika ianya melanda teruklah kerajaan BN,” katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=368034

Tanpa Nama berkata...

Orang islam umno bn sendiri memperlekehkan undang islam melayu tak sedar diri hukum islam hudud dipertikaikan tak mahu dilaksanakan ini lah akibatnya bala pada bangsa melayu yg biul bangang.