Isnin, 20 Januari 2014

Pemimpin bodoh tapi kaya, anak kangkung pula cerdik tapi ..

SEMAKIN merapu dan bodoh kenyataan Tengku Nan. Lojikkah pada akal mereka yang berkuasa dan mempunyai berbagai undang-undang dan penguatkuasa di beberapa Kementerian, akhirnya pembangkang dipersalahkan apabila harga barang semakin meningkat?

Kenyataan yang dibuat Tengku Nan kelmarin yang menyelar ‘orang tengah’ yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang penuh dengan hasad dan busuk hati serta dendamnya kepada Pakatan Rakyat, sekaligus untuk cuba mengampu bos kangkungnya yang semakin layu itu.

Apakah Tengku Nan rasakan rakyat terlalu bodoh untuk menerima hujah sebangang itu? Beliau ingat rakyat tidak tahu siapa yang menaikkan harga petrol, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar, kenaikan kadar tol, tarif elektrik, dan bakal muncul adalah cukai GST?

{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Kita boleh terima kenyataan bodoh sesekali seperti kenyataan beliau sebelum ini untuk menerima "Hard Rock Cafe" berunsur Islam konoinnya, tetapi kenyataan bodoh yang kerapkali bukan saja boleh memalukan diri beliau bahkan negara kita akan ditertawakan dunia luar. Tiada dunia yang menyalahkan Pembangkang apabila mereka menaikkan sesuatu kos untuk rakyat mereka.

Sebenarnya Tengku Nan tiada hujah untuk dijawab apabila berdepan dengan pertanyaan rakyat mengapa selepas PRU 13 begitu mendadak serbi serbi dinaikkan? Mahu harapkan Najib untuk menjawab, Najib pun ditertawakan rakyat apabila berfikir tentang kangkung yang boleh dikuti di tepi-tepi paya. Turunnya harga kangkung, rakyat mesti puji kerajaan.

Orang yang waras pastinya akan ketawa dengan apa yang Najib sebut itu. Kita fikir jika pemimpin sudah tidak boleh berhujah dengan bijak, sekurang-kurangnya ada Menteri yang boleh "cover' kebodohan pemimpin mereka, tetapi malang sungguh pemimpin dan anak buah "2 x 5" saja.

Usah ditanyalah anak-anak kangkung di bawah. Tentunya mereka akan ikut dan "copy paste' sebiji-sebiji kenyataan bos dan menteri mereka. Bodoh-bodoh pemimpin mereka pun, anak dan keluarga mereka kaya raya sehingga jutaan ringgit membeli rumah di dalam dan di luar negara. Bodoh-bodoh anak kangkung
:: sini





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: