SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?
Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.
Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan
dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.
s640/CHefwan2
Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:
block quote
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir
duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take
pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without
the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi
lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast
can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when
it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi
and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving
the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same
mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”
block quote end
Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah
dibayar?
Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.
Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.
Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.
Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…
bocey terkeluag laa..buleh agak dah..nabil tu sepatutnya out dulu lagi..syj sepatutnya masuk final..astro tak akan kasi out nabil,sepahtu punya..sebab mereka2 itu staf astro..harap nabil out malam ni..syj the best...
Chef Wan harus tahu yg In flight catering di monopoli oleh keluarga Pak Lam mantan PM.. MH buat food order tp Chef drp In flight catering tu yang patut bg full details on menu presentation..
ini masalah bila IFC dimonopoli oleh VIP.. org MH have no say..
3 respon:
Malam.ini.jgn.lupa.tengok.maharaja.lawak.mega.semi.final.
bocey terkeluag laa..buleh agak dah..nabil tu sepatutnya out dulu lagi..syj sepatutnya masuk final..astro tak akan kasi out nabil,sepahtu punya..sebab mereka2 itu staf astro..harap nabil out malam ni..syj the best...
Chef Wan harus tahu yg In flight catering di monopoli oleh keluarga Pak Lam mantan PM.. MH buat food order tp Chef drp In flight catering tu yang patut bg full details on menu presentation..
ini masalah bila IFC dimonopoli oleh VIP.. org MH have no say..
Catat Ulasan