Baru-baru ini kita disajikan dengan klip turunnya saljidi Indonesia dan Vietnam. Heboh satu Malaysia dan menimbulkan banyak cakap-cakap. Lepas tu baru kita tahu bahawa rupa-rupanya berita itu tidak relevan sekali! Erti kata lain pembohong belaka!
Namun kali ini aku terjumpa pula artikel lain, ada kena mengena dengan hari kiamat. Bunyi aneh yang dikatakan 'mungkin' tiupan sangkakala.
Aku tak nak ulas apa-apa, terpulang pada kalian membacanya dan melihat video yang aku jumpa di laman youtube
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Kisah bunyi pelik dan aneh ini sudah lama heboh diseluruh dunia. Cuma kita di Malaysia tidak peka dan kurang memberi perhatian gamaknya. Jangan kita berfikir ianya terjadi di negara lain di negara kita sendiri sudah mengalami masalah yang sama. Terkadang kita mungkin alfa dengan amaran ini masih leka dan tidak mengambil kisah terhadapnya. Masih leka mengejar pangkat, menipu orang dalam mengejar habuan dunia dan masih berani melakukan dosa dan maksiat. Mungkinkah ini pertanda awal untuk kita bersiap sedia dengan turun dajjal atau mungkinkah pertanda awal bunyi sangkakala yang pertama ?
Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:
Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)
Sky bunyi aneh dan pelik di seluruh dunia yang amat menakutkan direkodkan di seluruh dunia.
Bunyi pelik dan aneh yang dirakam di Malaysia.
Pertama kali dalam Sejarah Malaysia, tidak pernah kita mendengar bunyi yang kuat yang pelik dari langit atau di sekitar keseluruhan. Punca yang tidak tahu di mana adalah bunyi yang datang dari tetapi ia benar-benar kuat dan jelas dipendegaran ianya pada kira-kira 12 tengah malam pada kira-kira 12:08 pada 30 Januari 2012. Banyak penduduk di sekitar kawasan terkejut dengan bunyi aneh ini perkara ini berlangsung selama kira-kira 5 minit.
Pastinya dunia sudah semakin tua dan kita mungkin juga sudah berada di garisan akhirnya atau disebut juga dunia sudah berada diakhir zaman. Pasti semua kejadian pelik dan aneh akan berlaku. Sebaiknya kita muhasabah diri sendiri menilai kekurangan diri dan pada masa yang sama kita sama-sama menjauhkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran. Sesungguhnya waktu itu sudah semakin hampir.
Wassalam, Wa'allahhualam ~AAP.
0 respon:
Catat Ulasan