“Mangsa diminta mengikut lelaki itu menggunakan laluan tangga kononnya untuk pergi ke premis yang dikatakannya. Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila lelaki itu mengangkat skirt mangsa sebelum meraba kemaluannya.
Kajang: Hasrat seorang wanita untuk membeli alat ganti komputer terbantut apabila dia mengalami detik memalukan apabila diraba seorang jurujual yang kononnya mahu menunjukkan tempat barangan itu dalam kejadian di tangga sebuah kompleks beli-belah, di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.
Sebelum kejadian jam 10.45 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun itu pergi ke premis menjual alat ganti komputer berkenaan untuk mencari alat ganti komputernya yang rosak.
Sumber berkata, bagaimanapun barang yang dicarinya itu tiada di premis itu sebelum dia didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga bekerja sebagai jurujual di premis bersebelahan.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
“Lelaki itu menawarkan khidmat memberi bantuan kepada mangsa dan memberitahu alat ganti itu ada dijual di premis lain.
“Mangsa diminta mengikut lelaki itu menggunakan laluan tangga kononnya untuk pergi ke premis yang dikatakannya. Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila lelaki itu mengangkat skirt mangsa sebelum meraba kemaluannya.
“Perbuatan itu menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati sebelum lelaki terbabit segera melarikan diri. Orang ramai yang mendengar jeritan itu segera membantu mangsa sebelum membawa mangsa ke pejabat pengawal keselamatan,” katanya.
Menurut sumber, mangsa dan beberapa orang awam yang membantunya melihat semula kejadian memalukan itu dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat pengawal keselamatan berkenaan.
Katanya, selepas itu, beberapa orang awam dan pengawal keselamatan kompleks beli-belah berkenaan mencari lelaki terbabit dan menemuinya yang masih berada dalam kompleks itu sebelum menangkapnya.
“Lelaki itu dihantar ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.
0 respon:
Catat Ulasan