Isnin, 27 Januari 2014

bekas pegawai Unisel, Sinar Harian kantoifitnah seks

Bekas pegawai Universiti Selangor (Unisel) dan syarikat akhbar Sinar Harian diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini supaya membayar ganti rugi RM60,000 kepada bekas Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan (PS&P) universiti itu selepas didapati memfitnah dengan mengaitkannya dengan salah laku seksual.

Hakim Zaman Mohd. Noor memutuskan, Ir Dr. Mohamed Daud berjaya membuktikan kes samannya berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa artikel Sinar Harian bertajuk, Terpalit imej negatif bertarikh 5 Julai 2012 berunsur fitnah kerana perkataan TNC di dalam artikel itu merujuk kepadanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 2 Oktober 2012, Mohamed menyatakan, artikel tersebut ditulis dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Kata-kata tersebut, antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, terlibat dalam jenayah seksual dan menjadi punca penurunan jumlah kemasukan pelajar sejak 2008.

Beliau selaku pihak plaintif menamakan Halid yang merupakan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, wartawan, Nurulfatiha Muah, Ketua Pengarang, Norden Mohamed, Penerbit dan Pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. dan Ultimate Print Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah yang dibuat oleh defendan pertama itu menjadi sumber kepada defendan kedua untuk menulis artikel tersebut dan tidak mendapatkan penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu.

Pihak plaintif yang diwakili peguam Noorazmir Zakaria sehubungan itu menuntut ganti rugi am termasuk gantirugi teladan dan ganti rugi teruk berjumlah RM240,000.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: