Rabu, 29 Januari 2014

Bala dan malu besar menanti Anwar, PKR?

Berapa pula ongkosnya? Bagaimana pula jika PAS dan DAP boikot? Bagaimana pula jika Sultan tidak suka?

Keliru, tak ada sebab untuk rakyat terus TIDAK KELIRU dan serabut perut dengan politik terbaru PKR Selangor.

Angkara siapa, apakah politik ini dimulakan oleh manusia yang bernama Azmin Ali, Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim?

www.penburukonline.blogspot.com
Jika aku tinjau rata-rata blog pakatan rakyat, majority menghentam dan tidak setuju langsung dengan 'permainan' baru Anwar Ibrahim dan rakan-rakan dalam PKR. Ada juga yang berkecuali dan hanya C&P!

Malah Dr Maza yang kita lihat cenderung untuk mengkritik UMNO, juga turut menghentam PKR. Memanglah Dr Maza kita tahu idealogi politiknya tidak mengira bulu. Siapa buat salah pasti kena extra cilinya. Salam buat Dr Maza.

Kita sebagai pemerhati, rakyat dan pendokong pakatan rakyat tertanya-tanya, kenapa dan mengapa tetiba ADUN Kajang meletak jawatan. Kemudian kita tertanya-tanya kenapa dan mengapa pula Anwar Ibrahim bertanding untuk DUN Kajang.

Usahlah memberi alas an lain. Hanya yang kita Nampak adalah perbalahan Azmin - Khalid. Tak usah menutup bangkai bernyawa itu. Semua orang tahu. Titik!

Kita bukan mencipta khayalan imaginasi mengarut, cuma kita bimbang, jika bala dan malu besar menanti Anwar dan PKR!
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








  • Dari segi teorinya nampak senang dan simple untuk dilakukan. Kosong kerusi, Anwar tanding menang dan kemudian angkat sumpah jadi MB. Riwayat politik Khalid Ibrahim pun berlalu begitu sahaja bagaikan kulit pisang dilontar dari atas komuter. Itulah yang difikir dan dikira. Bagi mereka yang benci Khalid mungkin sudah bertepok tangan sambil ramai-ramai menyanyikan lagu 'lenggang kangkung'.
  • Namun tidak begitu dalam hitung dan firasat akal politik saya. Untuk mengehelkan Khalid dari jawatan itu bukan semuda membuka kulit kacang atau menjatuhkan glass skrin kereta menerusi button automtiknya. Bagi saya menurunkan Khalid dari kerusinya tidak ubah seperti menurunkan glass skrin kereta Proton secara manual. Iya ketat, tersekat-sekat dan terhalang atau tidak akan turun terus. Maka kalau kebetulan kereta itu airconnya rosak maka orang didalamnya akan kepanasan dan 'belengah-tangah'.
  • Apakah PKR dan Anwar sendiri mengira hal-hal dan halangan begini. Iya, Khalid dilihat dungun dan gagap dalam politik. Tetapi kita kena ingat Khalid kini berada dalam dunia politik. Jawatan disandangnya jawatan diperolehi menerusi politik. Ia bukan jawatan lantikan seperti CEO di mana-mana GLC. Sebagai jawatan politik dan berada dalam lingkaran api politik, Khalid pasti akan ikut bermain politik dan telah memahami sepak teranjang politik.
  • Dalam tilikan saya Khalid sudah pun bermain politik. Dia sudah menukarkan warna dirinya sebagai seorang eksekutif yang berjalan atas prinsip dan undang-undang, tetapi turut belajar dan pandai meniti atas dawai berkaran dalam politik. Sudah lebih lima tahun dia menjadi MB, akar rambut dan akar tunjang politiknya sudah mencekam. Kenapa saya kata begitu. Sebab kalau dia masih lurus dan gentlemen seperti semasa dia di dalam korporat sudah lama dia melepaskan jawatan MB itu secara suka rela. Sudah berbagai cara dilakukan untuk membuang dia dari situ, disindir, dihentam, perli dan sebagainya, tetapi apa yang beliau lakukan?
  • Saya memikir hal lain akan berlaku kelak dalam usaha untuk menyingkirkan Khalid dengan cara seperti diaturkan sekarang ini. Apa kata dan apa akan jadi kalau sekiranya Sultan Selangor tidak menerima perletakan jawatan oleh Khalid sebagai MB Selangor? Tidakkah itu akan jadi huruhara. Dan kalau niat Anwar diletakkan bertanding di DUN Kajang itu untuk dilantik jadi MB tiba-tiba berlaku huru hara itu, semisalnya Sultan tidak memberi perkenan, bukankah ia memalukan?

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kita wajib faham percaturan politik.Dahulu pembangkang tiada pengaruh kerana media di kuasai pemerintah.Kini sudah ada internet,media alternatif dan rakyat dapat alternatif news.

Selain media pemerintah ada kuasa melantik Senator seandai nya "kepakaran" nya di perlukan contohnya Jins Shamsudin dan Putra Katak.Jadi apa outlet atau jalan keluar untuk pembangkang meletak "pakar" mereka?

Tanpa Nama berkata...

Relax bro, ini proses biasa. Rakyat perlu betul2 menang dlm saat2 kesempitan sekarang. Jangan cepat nak jadi macam UMNO. Dunia sekarang sangat pesat dan dinamik, begitu juga berkerajaan dan politik. Saya percaya usaha TSKI akan ditambah baik oleh DSAI. Insha Allah.

Tanpa Nama berkata...

MACAI-MACAI UMNO PASTI BERTEUK TANGAN

Tanpa Nama berkata...

Biarlah macai UMNO tu. Dah jadi jobscope diorang. Tak luak stakat tepuk tangan.

Tanpa Nama berkata...

penyokong jgn cepat melatah. sabar tunggu dan lihat. jgn cepat2 menghukum.

jgn jadi mcm budak2 PERKASA yg kuat melatah.

Tanpa Nama berkata...

Apa korang buat semua betul...apa org lain buat semua salah...bantai suka hati korang la. Doa aku...klu niat tu sekadar nak memenuhi nafsu serakah politik...mudah2an dikalahkanlah.

vmc master berkata...

Rahsia Pancutkan Isteri Terbongkar !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! => KLIK HERE !!