Rabu, 18 Disember 2013

Pemain Pahang, Amirul Hadi antara dicekup bersekedudukan

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di Hotel Vistana di sini pada 10 September lalu.

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua pemain itu dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dua pemain skuad Tok Gajah itu ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.


{baca lagi klik butang papar ... }






Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. - KOSMO!


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Apa pula tindakan FAM terhadap isu ini?

Blog Sensasi berkata...

hadoiiiii kejayaan syaitan yg amat nyata dalam semua hal