Setahu saya, kami tidak pernah buat benda bukan-bukan dan tidak manis apatah lagi di tempat awam.
“Sudah tentu kami boleh fikir dan tahu batas-batasnya.
Bila orang dakwa kami selalu dilihat buat benda bukan-bukan, saya pun tak tahu nak komen macam mana.
“Apa pun saya hargai keprihatinan peminat dan akan lebih peka dalam tingkah-laku supaya disenangi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Pasangan yang mulai intim sejak setahun kebelakangan ini dipercayai bercinta berdasarkan cakap-cakap orang sekeliling dan kemesraan mereka ketika menghadiri majlis hiburan dan di luar waktu kerja.
Bagaimanapun, sama ada Fathia atau Aiman, 24, tidak pernah mengesahkan status sebenar hubungan mereka secara rasmi di media.
Fathia berkata, selagi hubungan itu tidak mempunyai sebarang ikatan sah, dia lebih selesa menggelarkan hubungan berlandaskan persahabatan saja.
“Saya tak nak beritahu orang ramai kami bercinta atau apa.
Tak seronoklah cakap apa-apa selagi tak ada jodoh.
“Saya tak nak nanti sudah beria-ia canang, lepas itu kalau putus jadi tak sedap pula.
Lebih baik kami anggap kawan rapat saja,” katanya.
Tambahnya, Aiman menepati ciri lelaki idaman kerana kematangannya dan bijak dalam berkomunikasi.
“Kalau ikutkan umur memanglah dia lebih muda, tapi dia berpendidikan dan pandai.
Saya selesa berkomunikasi dengannya.
“Pada saya, dia calon suami sempurna.
Doakanlah kami ada jodoh,” katanya.
PBO: kawinla cepat .. elakkan maksiat dan zina. kamu tu artis, jadi ikutan ramai.. tak takut neraka ke?
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan