Ahad, 1 Disember 2013

Pecah lobang .. ini punca Ustaz Kazim tangguh untuk duduk kerusi MT UMNO ..

Katanya, umum mengetahui, mana-mana individu yang berjawatan dalam politik, tidak dibenarkan menggunakan tempat ibadah terutama masjid sebagai pentas politik.



Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.


{baca lagi klik butang papar ... }




Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas.

“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.

“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Raja Ahmad berkata, Pas tidak menolak kemungkinan penerimaan jawatan itu kelak akan memberi kesan terhadap aktiviti keagamaan yang dilakukan termasuk ceramah, tazkirah dan kuliah.

Katanya, umum mengetahui, mana-mana individu yang berjawatan dalam politik, tidak dibenarkan menggunakan tempat ibadah terutama masjid sebagai pentas politik.

“Bagi Pemuda Pas, jika Ustaz Kazim telah mengesahkan menerima pelantikan jawatan itu, maka beliau sudah memikirkan implikasi kedudukannya sekarang ini sebagai pendakwah bebas,” katanya.

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

ayamKMP berkata...

biar betul ustaz kazim nak jadi mt umno

Tanpa Nama berkata...

Syukur ya allah... sudah jelas siapa kazim

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Kazim lebih baik imej dia dari "ustaz" glamour raja lawak UAI. Ntah belajar agama dari mana ntah..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Kazim ..seorang pendakwah yg hebat .. ceramah2 beliau tidak ada unsur2 mencela, menghina mahupun menfitnah sesiapa .... teruskan perjuanganmu ... x perlu rasa nyer menyertai mana2 parti politik secara aktif.. soal memberi undi, itu hak peribadi...