Isnin, 2 Disember 2013

Guna Jet Kerajaan bawa barangan ROSMAH? Shahidan guna nama ALLAH tepis kritikan Artikel

Behadapan kritikan hebat dari pihak pembangkang yang meminta sebab munasabah kenapa Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kurang disenangi rakyat, dibenarkan untuk mewakili negara dalam lawatan ke Qatar yang dibiayai dengan wang rakyat, menteri Umno Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri itu dengan menyebut nama Allah.

"Mudah-mudahan Allah menjadikan orang-orang yang berdusta tentang isu ini bertaubat atau membalas perbuatan mereka,"


{baca lagi klik butang papar ... }



Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen di Dewan Undangan Negeri "bersyukur" kerana lawatan Rosmah yang berusia 62 tahun itu selama 3 hari ke Qatar di mana dia telah menghadiri sebuah sidang kemuncak, membuahkan hasil.




Dubai misi UTAMA? Guna jet untuk bawa barangan shopping




Pengkritik Rosmah bagaimanapun mendakwa dia telah menggunakan lawatan itu untuk membeli-belah, antara sifat Rosmah yang telah diketahui ramai.




Malah, selepas ke Qatar, Rosmah singgah pula di Dubai – umum mengetahui negara itu merupakan syurga membeli-belah bagi yang terkaya di dunia.




Dia juga telah bertemu dengan Puteri Haya, isteri kepada perdana menteri UAE, Shaikh Mohammed Bin Rashid, di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.




Walau bagaimanapun, Shahidan menegaskan bahawa lawatan Rosmah memberi kesan positif ke atas negara. Dia semalam telah mengesahkan bahawa lawatan Rosmah telah dibiayai oleh kerajaan dan dia telah terbang ke Timur Tengah dengan menaiki jet peribadi yang dikhaskan untuk pegawai tertinggi kerajaan.



"Kami harap jet kerajaan tidak digunakan untuk mengangkut barangan yang telah dibelinya kerana penerbangan komersial tidak akan ada ruang bagasi yang mencukupi," Ahli Parlimen Batu Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.




Ahli parlimen pembangkang bercadang untuk terus menggesa Najib agar satu garis panduan yang jelas berkenaan siapa yang boleh mewakili kerajaan dalam lawatan rasmi yang dibiayai dengan dana awam.

-Malaysia Chronicle-




sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: