Selasa, 12 November 2013

Kos Perkahwinan Orang Melayu Semakin Mahal

RM60,000?

WOWWW

Korang ada duit tak sebanyak RM60,000 untuk bersanding selama 2 hari termasuk kelengkapan persandingan, pelamin, baju dan makan apa seme untuk kedua2 belah
pihak lelaki dan perempuan?

Haha.

Ini baru orang biasa yang kahwin tau. Bukan artis2 ke VVIP ke apa ke tau.


{baca lagi klik butang papar ... }




Baca ini sat ;

block quote
Lyna, 28, telah mendirikan rumahtangga selama satu setengah tahun berkongsi cerita tentang perkahwinannya dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh
pihaknya dan juga pihak pengantin lelaki.
Kos keseluruhan perbelanjaan perkhawinan Lyna dan pasangannya mencecah hampir RM60,000 untuk persandingan dua hari. Wang hantaran yang diterima oleh Lyna
adalah sebanyak RM7,000. Lyna bekerja sebagai pembantu am pejabat kerajaan, mendapat gaji bulanan sebanyak RM1500 dan RM2000 diperolehi pasangannya.
Kekurangan
Oleh kerana kekurangan wang, Lyna telah membuat keputusan untuk memohon pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 dari sebuah institusi kewangan bagi tujuan
melangsungkan perkahwinannya.
Namun, tanpa disedari, Lyna telah menggunakan hampir kesemua wang tersebut untuk perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.
Sejurus itu, Lyna yang juga merupakan seorang bekas pekerja kilang telah memohon bagi mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM32,000 daripada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinannya.
Selain itu, Lyna juga mempunyai “tabung kahwin” di mana dia menabung sebanyak RM100 setiap bulan selama dua tahun dan bakal suaminya juga menabung sebanyak
RM400 sebulan selama empat tahun.
Lyna sesungguhnya berasa kesal dengan kesilapan yang telah dilakukannya kerana bersikap boros dan telah menyalahgunakan wang yang telah diperuntukkan untuk
majlis perkahwinannya dengan berjoli.
Kekesalan juga diluahkan kerana beliau tidak berjaya membendung atau mendisplinkan diri sendiri dari melakukan pembaziran. Lyna ingin menyampaikan pesanan
di sini kepada pasangan-pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan agar tidak terlalu mengikut nafsu boros untuk meraikan majlis raja sehari mereka.
block quote end

Ini baru salah satu contoh je beb. Kat sini ==>
http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2013/11/06/kos-perkahwinan-orang-melayu-semakin-mahal/

baca la pengalaman2 depa. Berhabis beriban2 untuk kahwin apa seme.

Itulah nak sangat ikut orang. Tak bersanding nanti menyesal bagai. Tapi lepas sanding pun menyesal bagai sebab tanggung hutang sana sini. Lagi perit nak
bayar macam tue.

Sepatutnya kena sedar kemampuan diri dan keluarga masing2. Tak mampu buat aje cara tak mampu. Tak perlu sampai nak berhutang apa seme bila dah tak mampu.
Nak kahwin pun biarla dalam suasana tidak membebankan diri sendiri dan orang lain. Bukan salah buat kenduri bersanding apa seme. Tapi yang salahya bila
kita paksa diri kita ke satu tahap yang kita sedar kita tak mampu capai.

Sebab tue bukan saja kita perlu perjuangkan kempen turunkan harga hantaran bahkan kita juga perlu memastikan bahawa belanja kahwin kita hanya kepada perkara2
yang perlu dan penting saja. Jangan sampai perkahwinan dijadikan alat untuk berboros sakan. Semata2 nak tunjuk cool kat orang lain, kita pula yang terseksa
di kemudian hari, nak ke macam tue?

Tapi ada juga kes di mana walaupun pasangan yang nak berkahwin tue cool, tak kisah bab2 sanding apa seme neh tetapi ibu bapa pula yang tak cool. Depa pula
yang beria2 nak ada persandingan dan sebagainya. Kalau kena kat ibu bapa macam neh suruh je la dorang sponsor seme. Habis citer. Tak payah la pasangan
pengantin nak berat2 kan diri untuk sesuatu yang dorang tak mampu.

Tapi satu benda klise yang masyarakat kita perlu ubah ialah SIKAP. Mohon jangan ingat sesiapa yang berkahwin secara serdahana tue sebab dorang mengandung
la dah terlajak la, itu dan ini. Tak payah nak reka2 citer kalau ko tatau citer sebenar. Dari buang masa bergosip pasal orang yang berkahwin cara elok
baik ko pergi cari mana2 orang yang buat maksiat, tarbiah dorang lagi bagus. Orang yang dah berkahwin neh dah tentu2 masuki frasa kehidupan yang baru,
kalau pun dorang terlanjur dulu as contoh la kan, tapi dorang mungkin dah menyesal apa seme.. at least ia tetap lebih baik dari buang anak apa bagai kan.

Tapi still la aku kata, perkahwinan sekarang memang tak sama macam dulu. Kesian kat pasangan2 kita. Sampai ada yang kena berhutang sana sini untuk kahwin.
Nak kahwin, hutang. Nak pergi haji, hutang lagi. Nak beli rumah pun hutang. Nak beli kereta pun hutang. Pendek kata segala2nya kena berhutang. Macam mana
la tak tension.. hutang sesaja. Lue ~~Sozcyili


sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

sib baik xde hutang ahlong..?

jangan xtau pulak..
ada pengantin yg terlibat dgn ahlong ni !!