Ahad, 20 Oktober 2013

Video remaja perempuan bergasak sampai pengsan



Hujung minggu ni, selepas kita menyaksikan pertarungan, pertembungan, pergaduhan dan pertelingkahan sengit untuk jawatan-jawatan kanan dalam UMNO, apa kata kita bersantai pulak dengan menonton KEHEBATAN generasi muda yang tidak pernah rasa susah tetapi sentiasa mencari susah?

Di Facebook, video ini sedang viral dan merebak dengan pantas laksana penyakit taun pada tahun-tahun 70-an tatkala kebanyakan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu masih lagi menggunakan air telaga sebagai sumber minuman.

baca lagi ..




Klip video di atas memaparkan tiga orang remaja perempuan yang dipercayai berbangsa Melayu berdasarkan pertuturan mereka sedang bergasak dengan dua orang daripada mereka bersatu membelasah seorang lagi remaja. Video pula dirakamkan oleh seorang remaja lelaki kerana kedengaran suaranya dalam rakaman berkenaan.

Sesuatu harus dilakukan secara tegas untuk memberikan pengajaran kepada remaja-remaja ini. Klip video yang dipaparkan sebenarnya sudah cukup untuk dijadikan bukti agar tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Eloknya budak-budak ini dimasukkan ke dalam sebuah kandang yang dipenuhi pacat dan lintah - itu pun kalau mereka tidak ada rasa geli ler...

Tak pun, letakkan sahaja budak-budak perempuan ini di dalam sebuah tempat yang sarat dengan hnatu dan puaka agar mereka sedar bahawa mereka sebenarnya sangat bernasib baik dijadikan manusia dan agar mereka dapat pelajarn bahawa, apa yang mereka lakukan sebenarnya jauh lebih buruk berbanding gelagat hantu dan puaka yang seringkali dimomok-momokkan oleh budaya dunia.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

teruknya budak tu. anak siapa ye